Artis / Selebriti
” Wahai kaum hawa pulak dah, macam khutbah dah ni. Tunggu dia sebut Ittaqullah je. Masak bini dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Shahida bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan bercerita mengenai wanita idamannya ketika live buat warganet terhibur. Pandai Datin trick nak korek rahsia Amayan. Part Amayan bagi nasihat untuk bakal isteri tu memang berdekah dengar. Makin lawak lah Amayan ni, haha..
Nama anak sulung Datin Shahida Dherbs dan Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan semakin menjadi sebutan warganet. Ammar yang pemalu orangnya ini menjadi perhatian apabila Dato’ Aliff dan Datin Shahida cuba menonjolkan anak sulung mereka ini sebagai host live untuk produk keluaran syarikat mereka.
Jika live bersama Dato’ Aliff, karakter Ammar selalu serius dan kelihatan agak stress. Namun berbeza apabila Ammar live bersama Datin Shahida. Ammar banyak mewarisi genetik Datin Shahida dan anak muda ini lebih selesa dan santai bersama mamanya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Marose AS Legacy, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Ammar bersama Datin Shahida. Memandangkan ramai warganet yang cuba mengorat Ammar, Datin Shahida bertanya secara terbuka kepada Ammar samada Ammar sudah mempunyai kekasih atau belum.

Ammar jujur mengatakan dia masih single dan ciri wanita idamannya adalah seperti pontianak. Mendengar jawapan Ammar itu membuatkan Datin Shahida tergelak besar. Part Datin Shahida meminta Ammar memberikan nasihat kepada kaum wanita paling menggeletek hati.
Jom tonton video di bawah :
@maroseaslegacy bahagian 1 : Dengar tu Wahai Kaum Hawa pesan Ammar Ahyan 🤣🤣 #isteri #calon #ammar #dherbs #alifsyukriterlajaklaris #maroseaslegacy
@maroseaslegacy Macam2 ammar ni boleh dia tye mama² ade kencing atas badan mama plk🤦🤣🤣 tasya punya hal mama pun kena.🤣🤣 #ammaranakalifsyukri #cerita #shahidadherbs2 #maroseaslegacy
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Part nasihat tu mcm baca talkin.. wahai wanita, wahai kaum hawa.. tergelak aku weh, nak terkencing ketawa dengan ayat Amayan ni.. “
” Apa yang lawaknya. Masalahnya mak dia pon gelak. lawak la budak ni, aku tak leh la.. ayat dia spontan tapi lucu.. “
” Amayan memang spontan tapi true.. Jujur baik peribadi ammar ni. Tahniah Alhamdulillah Datin n Dato didik anak yg baik. Semoga menjadi anak yg soleh bjya dunia akhirat.. “
” Amayan bagi khutbah ke apa ni haha.. kaum hawa maknya pun terbahak ketawa haha.. Jujurnya Ammar Ahyan ni, ckp yg baik2 je suka tgok bonding dia dgn datin.. rezeki dato dan datin dpt anak yg baik mcm ni. Klu mama dh tua bebel2 ammar gi lah mkn kat restoren.. “
” Haha wahai kaum hawa pulak dah, macam khutbah dah ni.. Tunggu je dia sebut ittaqullah. Masakkk bini dia, haha.. “
” Ammar ni memang real. Takde selindung. Another level . Dia seorang yang baik.. Ammar pandai simpan rahsia lg pun jujur.. “
” Papa ckp direct suruh Ammar kejar CikB, mama plk berlapik2 Tanya ciri2. Meanwhile bakal MIL dah menjawab hajat Papalaris.. “
Ammar selalu random sahaja perbuatan dan ayatnya dan kerana itu juga lah yang membuatkan warganet suka melihat live Ammar. Terhibur dan penuh dengan gelak ketawa menonton telatah Ammar bersama Datin Shahida. Semoga Ammar bertemu dengan gadis idaman yang diimpikan itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Marose AS Legacy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

