Artis / Selebriti
” Video artis beraya paling cool, natural. Yang last buat saya menitis air mata.. ” – Netizen

Video Janna Nick Membawa Suaminya, Dini Schatzmann Pulang Berhari Raya Di Kampung Halaman. Cantik Betul Suasana Kampung Janna, Tenang Je Tengok. Part Dini Dan Janna Berebut Nak Dukung Baby Tu Touching Lah Pulak !!
Sambutan Hari Raya Raya Aidilfitri masih lagi meriah meskipun sudah beberapa hari kita meraikannya. Ramai yang berkongsi gambar dan video di akaun media sosial mereka sebagai kenangan. Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon Janna di akaun Instagram miliknya.
Janna memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama suami, Dini Schatzmann menyambut Hari Raya di kampung halaman Janna di Kedah. Pada awal video, kelihatan Janna dan Dini pulang awal dua hari sebelum raya dan menikmati waktu berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.
Tulis Janna pada video, Dini sudah tiada kampung halaman dan mereka menyambut di kampung Janna. Telatah pasangan ini ketika bersama ahli keluarga mereka mencuri perhatian peminat. Ramai yang mengatakan suka melihat Janna dan Dini kerana mereka langsung tidak kekok menyesuaikan diri berada di kampung serta menziarahi semua rumah sanak saudara.
Selain itu, ramai juga menitipkan kata doa buat pasangan ini semoga mereka akan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Janna menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Janna dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Video artis beraya paling cool, natural jer tengok.. Saya doakan semoga raya tahun 2025 Janna dan Dini akan beraya bertiga.. “
” Walaupn dia suami isteri artis, tp tak rasa malu pn nk berkunjung rumah sanak saudara.. Bagus adab dn budi bahasa diirg suami isteri ni.. “
” Semoga Allah kurniakn mereka berdua cahaya mata yg baik mcm mereka..aamiin ya rabb.. Selamat hari raya Janna dan Dini.. “
” Bila tgk video ni, perasaan yg wujud ialah bhgia, ikhlas, teruja, sayu, sedih, sebak.. Yg last tu dia buat sy menitis air mata lah.. “
” Ya Allah.. Suka btol ak tgk video korang.. Comel g1ler.. In sha allah sy doakan korang dpt baby soon. smntre tu hiduo happy2 dlu berdua ye. Buli dini puas2, hehe.. “
” Cute ever korang. Saya doa kan Janna n Dini kekal ke syurga dan tahun depan ada baby bwk raya. Semoga Bulan Syawal ini Allah tiup kan roh bby ke dalam rahim Janna. Amin ya mujib.. ”
” Suka tgk Janna & Dini bahagia sungguh. Mkcik doakan kamu berdua sentiasa kekal bahagia dunia akhirat … Aamiin3 Ya Allah.. “
Meriah betul suasana sambutan Hari Raya di kampung halaman Janna, juadah raya semuanya nampak menyelerakan. Part Janna dan Dini dukung baby menyentuh hati ramai. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga pasangan ini cepat-cepat dikurniakan cahaya mata dan rumahtangga mereka sentiasa bahagia, insyaallah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG jannanick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen