Connect with us

Artis / Selebriti

” Untungnya Isabella ada atuk macam Chef Wan.. ” – Netizen

Chef Wan Kongsi Gambar Anak Dan Cucunya, Serina Dan Isabella Saffiya Sempena Hari Lahir Isabella Yang Ke 9 Tahun. Wah Dah Besar Isabella Sekarang, Cantik Macam Ibunya !!

Umum mengetahui bahawa pelakon, pengacara Serina merupakan anak kepada Chef Wan. Serina merupakan seorang ibu tungg4l yang mempunyai dua orang cahaya mata yang diberi nama Tristan Tareef dan Isabella Saffiya hasil perkahwinan dengan Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghafar. Namun mereka sudah berp1sah.

Meninjau ke laman Instagram milik Chef Wan, telah dikongsikan sekeping gambar Serina bersama dengan Isabella. Menerusi kapsyen tulisannya, Che Wan tidak menyangka yang cucunya sudah berusia 9 tahun. Isabella menyambut hari lahirnya yang ke 9 tahun pada hari semalam bersamaan 23 Januari 2021.

Che Wan menyifatkan Isabella sebagai anak yang baik, lembut dan mendengar kata. Sebagai atuk, Chef Wan tidak mengharapkan apa-apa daripada cucunya itu. Chef Wan hanya mengharapkan agar kehidupan mereka akan sentiasa bahagia.

Bukan itu sahaja, Serina juga turut berkongsi video dan ucapan di laman Instagram miliknya sempena hari lahir Isabella. Dalam ucapannya, Serina mengucapkan selamat hari lahir yang ke 9 tahun. Selain itu, Serina turut mendoakan yang baik untuk Isabella dan melahirkan rasa sayangnya terhadap Isabella.

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian daripada Serina sempena hari lahir anaknya, Isabella :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari lahir kepada Isabella selain itu turut memuji kecantikan Serina dan Isabella. Ada juga melahirkan hasrat ingin mencontohi sikap Chef Wan yang sangat baik terhadap anak dan cucunya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Saya pun nak fikir macam chef wan bila dah ada cucu nanti.. Rileks aje.. Tak nak drama.. Letih.. Happy birthday isabella.. Love your life principle chef wan.. “

” Happy birthday to isabella atau che yah pong yg cute ni.. Semoga terus membesar jadi ank yg baik, bijak berjaya dunia akhirat.. Esok dh ank dara lg segak la cucu chef wan.. “

” Morning, i hope i boleh dapat atok like you, so kind and i like your words.. Life is too sh0rt not to stay happy.. Thank you atok.. “

” Wow cantik mother dgn anak comel.. Dato i hope i can be like u.. Baik hati bertanggungjawab.. Anyway i baru ada 1 menantu n 1 cucu.. “

” Serina muka lawa.. Happy birthday isabella.. Cantiknya awak.. Semoga menjadi anak yg solehah buat mama.. May chef and family be blessed always.. “

” Happy birthday adorable isabella.. Untungnya isabella ada atok mcm chef wan yg very good role model to follow.. Full of charismatic.. Kind and always positive.. “

” Good morning DCW.. look at Bella she will grow up be are beautiful young lady.. Happy birthday to Isabella and good day to kind and loving atuk Chef Wan.. “

Beruntungnya Isabella mempunyai seorang atuk yang sangat penyayang seperti Chef Wan dan seorang ibu yang baik seperti Serina. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 9 tahun buat Isabella. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kebahagiaan untuk Isabella.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan, IG Serina Datuk Redzuawan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT