Artis / Selebriti
” Untuk berlakon ni sebenarnya susah. Susah untuk menjaga, tapi.. ” – Ina Naim
Video Ina Naim letak syarat untuk Hadie Elfardie terima tawaran sebagai pelakon. Rezeki Hadie dapat colaborasi bersama anak Dato’ Aliff Syukri, Qadejah sekali lagi. Ini syarat-syarat yang Ina tetapkan, respect lah Ina..
Selepas tamatnya program realiti TV Talk To My Manager, nama Ehmad Hadie Elfardie iaitu anak kepada Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad semakin menjadi sebutan wargamaya. Ada sahaja video Hadie yang viral di platform Tiktok dan terbaru, Hadie menunjukkan pula bakatnya sebagai pelakon.
Beberapa hari yang lalu, Datin Shahida Dherbs ada berkongsikan video lakonan Hadie dan anak perempuannya, Qadejah Elzahra. Ramai yang menyukai gandingan Hadie dan Qadejah dan meminta dibuatkan satu telemovie atau drama pendek untuk Hadie dan Qadejah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina dan Hadie bertemu dengan penerbit, Jaja Ishak di sebuah lokasi. Ina menerima tawaran daripada Jaja untuk Hadie menjadi salah seorang pelakon dalam drama yang bakal diterbitkan sedikit masa lagi.

Kata Jaja, memandangkan nama Hadie sedang naik dan ramai yang meminta untuk melihat Hadie berlakon, persetujuan daripada Dato’ Aliff telah pun dicapai untuk menggandingkan Hadie dan Qadejah. Ina turut memberikan dua syarat yang perlu diikuti oleh pihak produksi sepanjang Hadie berlakon.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ucapan tahniah daripada warganet khususnya peminat Hadie. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Memang ade bakat hadie ni.. berlakon dengan anak dato aliff shukri pon bersahaje tak kayu.. melawak je Hadie ni, meletop Hadie.. “
” Tak salah dengar kan cess ? im happy for all adik-adik semoga terus success.. bakat ada, rupa ada.. alhamdulillah tahniah Hadie.. “
” Hadi dengan Cess lagi? Wah macam nice.. tengok yang datin share aritu pun kita dah tersenyum-senyum sebab sweet.. “
” Masya Allah bakal jadi pelakon ni. Tahniah Hadie.. Hadie ni bagus, selalu utamakan ibu dia.. Wah dengan Cess.. tak sabar nak tengok gandingan Hadiejah.. “
” Please pantau, sayang kalau terkeluar batasan agama.. pilih watak.. Hadie memang berbakat.. Alhamdulillah. Tahniah… pasti jd penonton dan peminat setia hadie.. “
” Wah tak sabarnya nak tengok lakonan Hadie dan Cess.. Respect ina.. betul batasan tu no 1.. hadie pun kena selalu ingat benda tu dalam realiti kehidupan okey.. good luck anakanda Hadie.. “
” Alhamdulillah congrats hadi semoga maju terus lantk orang nak cakap apa masih jauh perjalanan dan perbaiki diri ok.. semoga dilindungi Allah sentiasa.. “
Alhamdulillah, cantik susunan Allah untuk Ina dan Hadie. Satu demi satu rezeki untuk Hadie datang dan dalam pelbagai bentuk. Semoga ianya menjadi titik permulaan yang baru untuk Hadie sebagai pelakon dan menjadi pelakon pelapis tanahair yang hebat. Tahniah Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

