Viral
” Unfortunately, saya tak boleh nak ke sana. Peguam-peguam di Semenanjung tak boleh nak ke sana kerana.. ” – Dato’ Zaharil

Sering dirayu oleh warganet untuk ambil kes Zara Qairina, ini penjelasan peguam terkenal, Dato’ Zaharil mengenai perkara ini. Oo ini sebabnya, sayangnya Dato’ tak boleh mewakili Zara..
Sejak kes Zara Qairina tular di media sosial, peguam terkenal yang dikenali sebagai peguam kotak pensil, Dato’ Ahmad Zaharil lantang bersuara di platform Tiktok. Setiap kali Dato’ Zaharil bersiaran langsung, pasti ramai yang akan mengikuti sesi live itu dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan undang-undang.
Viewers juga ramai yang merayu agar Dato’ Zaharil dapat membela nasib Zara dan mengambil alih kes Zara. Namun ianya sukar untuk dilakukan oleh Dato’ Zaharil kerana terikat dengan larangan dalam undang-undang Malaysia iaitu Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63 ).
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jazzfigsgarden2015, telah dikongsikan sedutan live Dato’ Zaharil yang menyeru agar penyiasatan dilakukan dengan telus. Sudah berminggu-minggu berlalu, namun tiada sebarang keputusan siasatan yang dapat dilihat.
Dato’ Zaharil juga memberitahu pengamal undang-undang dari Semenanjung tidak dibenarkan mewakili sesiapa di Sabah dan Sarawak. Namun ianya boleh terjadi sekiranya mendapat pengecualian daripada Hakim Besar Borneo. Dato’ Zaharil juga menyuarakan kegusarannya kerana merasakan kes ini mungkin bakal didiamkan sebagaimana banyak kes sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
@jazzfigsgarden2015 MAAF SABAH. Peguam Datuk Zaharil bersuara kerana tidak dapat membantu kes Arwah Zara Qairina atas kekangan perundangan. #JusticeForZaraQairina
♬ original sound – Jasmani Fig Garden2015 – Jasmani Fig Garden2015
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sumpah sedih, geram sakit hati.. Kalau lah datuk zaharil dapat ambik kes tu msti menang kes . Sangat2 terkilan dgn kerajaan sekarang.. “
” Tuan hakim besar borneo.. tlg beri izin 200,% kt lawyer dato zahril.. tuan rafiuqe utk handle kes ini.. tlg lh.. “
” Kalau ram Singh dibenarkan oleh hakim besar Borneo… kenapa yg lain xboleh wakil adik zara.. Kenapa halang peguam dari semenanjung.. “
” Kuat sangat pengaruh vvip tu sehingga sampai sekarang x ada tangkapan reman sampai sekarang.. Jika lawyer semenanjung bl3h amik kes di Sabah, sy yakin tuan akan kesana menolong apa yg bleh.. “
” Mohon tuan bimbing peguan arwah zarah utk menang kes ni. walaupun tak blh jd peguam kat sabah tp tuan blh guide peguma2 arwah agar menang dlm kes ni.. “
” Mintak team peguam hebat Semenanjung MOHON KEBENARAN Hakim Borneo utk mewakili arwah. Zara. memohon atas dasar PERIKEMANUSIAAN. ALLAH.. “
” Drg tersekat oleh MA63. Tpi boleh klu ja sbnrnya tu..fikir secara logik. asalkan ada lesen dan permit disabah dan kebenaran kerajaan sabah. kalau dia masuk firma guaman sabah dan ada permit, boleh ja tu.. “
Sekali pun Dato’ Zaharil tidak dapat mewakili Zaraz namun pendapat dan tunjuk ajarnya sangat diperlukan untuk menguatkan team peguam ibu Zara. Apa-apa pun, Dato’ Zaharil tidak akan berhenti untuk memberikan teguran agar kes ini mendapat pengadilan yang sepatutnya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jazzfigsgarden2015
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral4 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen