Artis / Selebriti
” Ulang-ulang tengok gelagat dia, kelakar betul Ayash ni, haha.. ” – Netizen
Watie Hanifiah Kongsi Video Gelagat Ayash Affan Mengusik Shuib Sepahtu Yang Sedang Solat Buat Warganet Terhibur. Alahai Ayash Ni, Dah Pandai Menyakat Sekarang Ye. Time Daddy Nak Sujud Tu Lah Dia Baring Kat Depan. Nasib Tak Tergelak Daddy Tu Ayash Oii !!
Bukan selalu dapat melihat telatah Ayash Affan bersama Shuib dek kerana Ayash banyak dijaga oleh ibu Shuib sendiri. Sekali pun begitu, setiap kali berjumpa, Ayash tetap manja dan rapat dengan Shuib dan juga mummy barunya, Watie Hanifiah.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video terbaru Ayash ketika bersama Shuib. Dapat dilihat Shuib sedang ingin solat dan Ayash mula berdiri bersama daddynya ini. Ketika Shuib ingin sujud, elok sahaja Ayash bergolek dan baring di atas sejadah.
Kata Watie di runagan kapsyen, sudah lebih 10 kali Watie mengalihkan Ayash dari berada di hadapan Shuib. Namun setiap kali dialih, setiap kali juga Ayash kembali berdiri di hadapan Shuib. Gelagat Ayash ini membuatkan Watie terpaksa menahan ketawa sementara Shuib selesai solat.

Selesai sahaja Shuib memberikan salam, terus tersembur ketawa Watie. Alahai Ayash, boleh Ayash bermain dengan jari daddynya ketika Shuib sedang membaca bacaan tahiyat akhir. Anak bertuah sungguh lah Ayash, pantang nampak daddy solat, memang tak berganjak terus.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kita yang tengok pun nak gelak da haha.. ini kan mami yang tengok depan mata. Ayash buat hal betul haha.. dengar watie gelak, terbahak kita sama.. ”
” Haha geram engok rasa nak kenyek, anak bertuah sungguh si Ayash ni.. Dah lah debab, lagi geram ye tengok perangai Ayash haha.. ”
” Comel ahh, adoi Ayash ni.. baring tu paling win.. duk ulang ulang tengok gelagat dia, kelakar betul haha.. ”
” Aduhaii geramnye tengok dia.. dengan debabnye.. ayash ayash. Ayash kelakar lah, suka mengusik daddy ye.. ”
” Ayash ank bijakkk… Rindu moment ank2 kecik .. macam-macam perangai nyaa.. geramm tengok.. ”
” Masalahnya aku nak tergelak dengar Watie gelak tu haha.. Anak Ayash, terikut terbahak ketawa.. ”
” Memang daddy dia naik senyum tengok Ayash tapi terpaksa tahan rasa haha.. Eeii nak kena gigit Ayash ni.. ”
Anak-anak sebaya Ayash memang begitu lah perangainya. Rasanya bukan hanya Shuib yang melalui perkara sebegini dan ramai lagi mak ayah di luar sana yang menikmati pengalaman manis sebegini. Semoga Ayash membesar menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera



