Artis / Selebriti
” Ulang tahun yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana.. ” – Datin Alyah
Perkongsian Datin Alyah sempena hari lahir suaminya, Dato’ Ramli MS menyentuh hati ramai. Di sebalik kegembiraan untuk menyambut hari lahir, rupa-rupanya ada kesedihan yang berlaku buat Tok Ram. Salam takziah untuk Tok Ram dan keluarga..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Datin Alyah, telah dikongsikan posting terbaru yang memaparkan Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Dato’ Ramli MS yang menyambut hari lahirnya pada hari semalam yang bertarikh 17 November.
Tulis Datin Alyah, mendoakan semoga Dato’ Ramli atau lebih dikenali dengna panggilan Tok Ram akan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Namun begitu, di hari kelahiran Tok Ram pada tahun ini, ada terjadinya perkara yang menyedihkan.
Hal ini adalah kerana pada tarikh 16 November, industri seni telah dikejutkan dengan perkhabaran pemergian komposer terkenal, allahyarham Datuk S Atan. Untuk pengetahuan umum, Datuk S Atan adalah merupakan bapa saudara kepada Tok Ram dan sudah pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh Tok Ram sendiri.

Posting ucapan istimewa Datin Alyah untuk Tok Ram tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai turut menitipkan doa yang baik-baik buat Tok Ram sempena hari lahirnya dan dalam masa yang sama memberikan ucapan takziah atas pemergian Datuk S Atan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian ucapan Datin Alyah, ramai yang mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Tok Ram. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Selalu sebelom ni sambut birthday at GV.. Tapi tahun ni gv start lambat.. Rindu moment Nabil cium dahi Tok Ram.. Happy birthday Tok Ram.. “
” Happy birthday Tok Ram.. Allah.. Pakcik nya pegi pada shari sebelum hari lahir nya.. Pasti tak dapat dilupakan.. Salam takziah Tok Ram.. “
” Happy birthday tokram_ramlims, semoga didlm lindungan Allah Dan kesihatan yg baik.. Salam takziah sekeluarga.. “
” Selamat hari lahir Tok Ram, semoga terus diberikan kesihatan yang baik, bahagia bersama keluarga dan sentiasa dalam rahmat Allah.. “
” Happy birthday Tok Ram.. Semoga yang baik-baik sahaja buat Tok Ram dan salam takziah atas pemergian bapa saudara Tok Ram.. “
” Selamat Hari Lahir Tok Ram.. Semoga sentiasa berbahagia selalu bersama isteri, anak-anak2 dan sihat selalu ya Tok Ram.. Amiinnn.. “
” Happy birthday tok ram ,tokram_ramlims, semoga rezeki macam lautan di permudahkan segala urusan Dunia Akhirat.. Ramai sayang tokram.. “
Penuh bermakna dan menyentuh hati ucapan Datin Alyah untuk Tok Ram. Selain itu, istimewanya pada tahun ini Tok Ram telah menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya iaitu anak mereka yang bernama Nur Izzara. Apa-apa pun, selamat hari lahir Tok Ram. Didoakan semoga Tok Ram sentiasa sihat selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk arwah Datuk S Atan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81, tokram_ramlims
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti21 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen

