Artis / Selebriti
” Turn Abang Long kena usik, cepu emas tu soalan.. ” – Komen Netizen
Video Aidil Aziz mengusik Fattah Amin dengan soalan cepu emas buat ramai terhibur. Nampak cuak terus Fattah tapi pandai pula Fattah cover jawapan lain ye, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Aidil Aziz, perkongsian sebuah video yang memaparkan Aidil mengusik Fattah Amin dengan bertanya satu soalan cepu emas telah membuatkan ramai berasa terhibur. Aidil telah bertanya di manakah pasangan Fattah.
Video tersebut dirakamkan di Absolut Bazaar yang mana ramai rakan artis yang berniaga di sana. Melihatkan Fattah yang keseorangan, Aidil mengusik dengan menyatakan selalunya berdua yang merujuk kepada Amira Othman. Namun lain pula jawapan yang diberi oleh Fattah.
Fattah seolah-olah tahu apa yang dimaksudkan oleh Aidil tetapi cuba memberi jawapan yang berbeza. Amboi, Fattah masih nak cover-cover lagi ke walaupun ramai rakan artis suka mengusik Fattah dan juga Amira. Kali ini, Fattah pula kena sakat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fattah pun nampak agak terkejut apabila mendengar soalan Aidil itu. Tidak kurang juga kedengaran suara Fasha yang merakamkan video ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cepu mas tu soalan.. Hahaha terus Abg long ingat kak long.. Turn abang long kena usik..Best jgk ehh skali skala Fattah yg kena sakat.. “
” Aidil & soalan cepumas berpisah tiada.. terbaik kwn support.. First time dpt jumpa awak semlm . Terima kasih sudi layan kerenah kami semua.. “
” Hensem aidil hensem lg fatah..alahai fatah nape hensem sgt ni… Hahahah ghisauuu sana sini usik depa.. Sempat lagi eh last tu support YANG.. “
” Amboii pandai Aidil mengusik Fattah yee ingat dekat kaklong dia, cuak terus ekkk muka abglong.. abg long lak blushing.. “
” Hhhhh habes kena usik fattahaminz oleh rakan baik artis itsaidilaziz . Nak buat mcmana , semua artis dah approved kot ngan kaklong amiraaothman .. “
” Fattah nampak terkejut kena soklan cepu cemas tu.. pandai konon nak cover tapi sebenarnya teringat kan kak long amirahh kan.. “
” Haha.. nasib lah fattah.. memang ramai nak sakat tu.. slalu mana ada abang long situ ada kak long.. mestilah kena soalan.. “
Sama ada Fattah dan Amira mempunyai hubungan yang istimewa atau tidak, hanya mereka sahaja mengetahuinya. Mungkin belum sampai masa yang sesuai untuk dikhabarkan kepada umum. Apa pun semoga yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidil Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini

