Connect with us

Viral

” Tolong la aku tak berhenti dekah ni. Nak booking ke kau nak tarbiyah orang tu, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Seorang Lelaki Ketika Membuat Tempahan Di Restoren Buat Ramai Terhibur. Alamak Sampai Lagu Ziana Zain Pun Masuk Sama Ni. Part Last Tu Paling Kelakar, Khutbah Jumaat Terus Dibaginya. Berdekah Gelak, Haha !!

Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video daripada akaun Tiktok Risk Saidon yang memaparkan gelagat seorang pemuda membuat penempahan menerusi talian. Awalnya ia kelihatan biasa, namun apabila masuk part menyebut nama terus kelakar jadinya.

Ianya memudahkan untuk menyebut huruf menggunakan alphabet namun tidak buat pemuda ini. Jika selalunya alphabet ringkas sahaja contohnya A untuk Alpha, B untuk Bravo dan sebagainya, tetapi pemuda ini memberikan alphabetnya dalam bentuk ayat.

Memberitahu nama tempahan sebagai ‘ Risk’, ayat pemuda ini menggeletek hati ramai. Bukan hanya sekadar ayat, malah lirik lagu pun dinyanyikan olenya. Yang paling membuatkan ramai terhibur adalah ketika pemuda ini memberikan alphabet untuk huruf ‘k’.

Terus disampaikan khutbah Jumaat yang berjela-jela bak komen warganet. Kelakar sungguh dan boleh ketawa mengekek melihat reaksi wajah dan intonasi suara pemuda ini. Pemuda ini sememangnya banyak membuat video lawak dan dapat ditonton menerusi akaun Tiktoknya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

‘ Aduhaiiii tengok banyak kali pun tak jemu. Kalau stress keje boleh tengok video ni haha.. Ad0i kau nak booking ke kau nak tarbiyah orang tu haha.. ”

” Sak1t perut dok ketawa… nak booking sambil tazkirah orang pulak.. Gelak sampai keluar air mata haha.. ”

” Khutbah nah haha, adeh sak1t perut ketawa.. Elok nak booking terus jadi khutbah HAHAHA.. Nasib baik la nama 4 huruf je.. ”

” Tersedak aku makan maggi haha.. Dah bertukar jadi khutbah Jumaat haha.. yang jawab call tu pun halahhhh ger4m je kita dengar.. ”

” Ya Allah jangan teruskan” “berhenti berhentii” haha.. baru nak booking, belum lagi settle order makan haha.. S tu pec4h weh haha.. Dari nak cepat terus buat karangan.. ”

” Tolong la aku tak berhenti dekah ni haha.. Risk dah r0sak, terbahak-bahak aku.. terus berkhutbah, tergolek-golek aku gelak dik.. ”

” Aku gelak sampai semput haha.. Panjangnya dia bagi kepada setiap huruf tu haha. Kelakar 1 perkataan banyak tips kehidupan ye.. ”

Kalau macam ni punya gaya, sampai ke esok hari pun belum tentu selesai order makanan. Lucu dan menghiburkan sungguh jenaka sebegini. Yang stress pun boleh ketawa besar dengan gelagat jejaka ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga semua pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, Tiktok Risk Saidon

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT