Artis / Selebriti
” Tokti punya lah tahan nak nangis, sampai bergetar-getar suara dia.. ” – Komen Netizen
Video Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bercerita tentang arwah ayahnya sambil menahan tangisan buat ramai sebak. Jarang dengar Tokti menangis macam ni, sedih sangat..
Umum mengetahui penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun diangkat sebagai Biduanita Negara. Kredibiliti serta kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh DS Siti melayakkan DS Siti untuk menerima anugerah ini. DS Siti adalah biduanita ketiga selepas Saloma dan Sharifah Aini.
Meninjau akaun Tiktok Kool FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Haiza dan Muaz menelefon DS Siti untuk mengucapkan tahniah. DS Siti memanjatkan rasa syukurnya atas penghargaan ini. Apabila Haiza menyentuh mengenai arwah ayah DS Siti, Encik Taruddin, suara DS Siti terus berubah.
Jelas kedengaran ada getar pada suara DS Siti yang menahan tangisan. Jarang warganet dapat melihat atau mendengar DS Siti menangis seperti ini. Arwah ayah DS Siti menyifatkan DS Siti seperti bunga melur dan kata-kata kiasan ayahnya itu diabadikan oleh DS Siti dalam lagu Bunga Melor.
Ujar DS Siti lagi, niatnya hanya untuk membantu keluarga dan tidak menyangka akan sampai ke tahap sekarang. Walaupun menerima pelbagai kecaman, namun DS Siti tetap berpegang dengan prinsipnya, Itu lah sifat biduanita yang disayangi ramai ini. Jika ayah DS Siti masih ada, pasti dia yang paling gembira dengan kejayaan DS Siti ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kool101my Di sebalik kejayaan biduanita negara, Datoβ Seri Siti Nurhaliza, tersimpan semangat dan kenangan indah bersama arwah ayahnya, Tarudin Ismail. Kata-kata ayahnya yang menggambarkan beliau seperti bunga melur juga menjadi inspirasi kepada lagu Bunga Melor. Pagi ini, Tokti sebak berkongsi memori perjalanan kerjayanya bersama Haiza dan Muazπ₯Ί Terima kasih Tokti, kerana terus menghiburkan dan memberi inspirasi kepada kita semua! β€οΈ #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedih sebak dengar ucapan tokti.. part Arwah ayah tuh terus sebak.. seorang ayah yang baik.. tokti punya lah tahan nak nangis, sampai bergetar-getar suara dia.. touching sangat.. “
” Arwah abah dato ct ni mmg nak anak dia ni berjaya dlm bidang seni… alhamdulilah dato ct mmg dh berada di tempat yang sepatutnya.. tahniah dato ct tahniah.. “
” Tak pernah meninggi diri. Kerana itu, beliau dipandang tinggi. dengan aku-aku sebak dan berair mata.. “
” Sebaklah dengar luahan tokti ni. hanya satu di Malaysia. Artis yang sentiasa merendah diri. Prinsip yang dipegang dari awal hingga kini masih sama. Jaga adab, jaga diri, jaga nama… Tahniah tokti. Inspirasi sungguh rasanya.. “
” Alaaa nangis dengar.. rezeki mu tokti, mmg selayaknya.‘Tinggi mu tidak terlawan’.. Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin.. “
” Sangat2 merendah diri, menghormati org lain, selalu bersedekah, bersyukur kpd Allah, taat suami & ibu bapa, jaga akhlak,ini antara yg sy nampak rahsia kejayaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.. “
” Sambil tgu anak ambik skolah.. menangis dalam kete dengar kisah Tok Ti… Love u Tok Ti… Selayaknya… sayu sebak sgt dgr.. “
DS Siti selayaknya menerima anugerah agung ini. Jika arwah ayah DS Siti ada, pasti dia orang yang paling berbangga dengan kejayaan DS Siti pada hari ini. Impiannya untuk melihat DS Siti berjaya sampai ke tahap ini sudah termakbul. Semoga DS Siti selalu dalam lindungan Allah dan terus berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kool101, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen