Artis / Selebriti
” Tiba-tiba touching pula lihat 2 beranak ni. Hadie dahulukan Allah dan ibu dia.. ” – Komen Netizen

Video moment Hadie membaca doa bersama ibunya, Ina Naim sebelum bermulanya konsert semi final Talk To My Manager curi perhatian warganet. Ajaran SS yang terpahat dalam diri Hadie. Anak soleh ayah dan ibu..
Nama anak kepada Ina Naim sering menjadi sebutan di media sosial sejak Hadie menyertai program realiti Talk To My Manager. Banyak kemajuan yang Hadie tunjukkan kepada semua dan yang paling membuatkan ramai kagum adalah cara Hadie menyantuni ibunya.
Tingkah laku Hadie ketika berlangsungnya program Talk To My Manager seringkali dirakamkan oleh penonton yang hadir ke MBSA tanpa Hadie sedar. Hadie anak yang penuh dengan sopan santun dan segala yang hendak dilakukannya pasti ibu adalah keutamaan Hadie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inchikyusufyusafa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hadie dan Ina sebelum bermulanya TTMM. Amalan anak dan ibu ini saban minggu, pasti tidak lupa untuk berdoa agar segala yang mereka rancangkan dipermudahkan oleh Allah.
Melihat cara Ina dan Hadie berpelukan menyentuh hati warganet. Betul apa yang arwah SS lakukan dulu, diajarkan anak-anak untuk mengenal Allah dan meratukan ibu, kini Hadie mempraktikkan segala ajaran ayahnya itu. Bak komen warganet, Hadie anak syurga yang meneruskan amanah SS untuk menjaga ibu.
Jom tonton video di bawah :
@inchikyusufyusafa Sehingga kini kita perlukan Pesanan dan Doa Ibu. Semoga @Hadie FC senantiasa berjaya dunia wa akhirat. GLAM Team by @kemboja_sstudio — HADIE, Semi Final Talk To My Manager ✨💪 See you in the Grand Final TTMM Hadie Manager — Pn @INA SUHAIMI Management — En @Daddy MKR Glam Team Overseen by — @kemboja_s Makeup Artist — @by.awangkama Hair Stylist — @inchikyusufyusaga Assistant — @_widadtuah #TalkToMyManager #GlamTeam #GlamTeamMalaysia #ttmm #hadie 📍 Wisma MBSA, Shah Alam
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia dahulukan Allah dn ibu dia.. harap sangat dia menang final nanti.. semoga anak Soleh ini beroleh kemenangan.. “
” Alhamdulillah Hadi anak yg baik Dan menjadi harapan arwah ayahnya utk menjaga ibu Dan adik2. Moga rancangan TTMM menjadi satu platform utk Hadi menaikkan semula industri Nasyid bersama Salman. Moga Hadi Dan adik2 menjadi anak yg soleh Dan solehah serta berjaya Dunia akhirat. Aamiin.. “
” Sedihnya, nangis aku tengok.. arwah mengajar ank2 dan isteri nya… mengenal tuhan dahulu, kemudian baru di ajar nya mengenal dunia, alhamdulillah… Allah dah tetapkan jodoh Ina dgn arwah terlebih dahulu,Insha Allah Ina boleh bimbing kluarga dunia akhirat.. “
” Hebat ina ni… Aturan Allah… xde siapa yg tau… tpi hadie kena ingat… jgn khayal… dunia seni Klau x btul btul bole hanyut.tunjuk ajar ayah kena jdi panduan hidup… Hadie seorang yang baik dan dengar kata. Selagi manager dia mak dia sendiri sure Hadie masih berada di tempat yang betul.. “
” Alhamdulillah.. inilah contoh anak versi islam yg sntiasa dlukan Allah dn ibunya.. semoga trus sukses.. trbaik Hadie.. “
” Menitis air mata akk tengok hardi dgn ibu dia menbaca doa sebelum buat persambahan. kesian ke adi walau buat terbaik tetap markah yg rendah dapt, yg tak sedap diangkat tinggi… takpe hadi kami tetap angkat hadi sebagai juara kami, hadi tetap terbaik.. “
” Allah dan ibu didahulukan, semoga berjaya dunia’ akhirat utk Hadi.. Tiba2 touching pulak lihat 2 beranak ni.. “
Segala ajaran dan asuhan Suhaimi masih tetap utuh dalam diri Hadie. Pastinya Allah akan merahmati segala usaha Hadie dan asbabnya kerana Hadie meratukan ibunya itu. Semoga Hadie beroleh kejayaan di konsert final TTMM beberapa hari lagi. Pesanan untuk Hadie, buat yang terbaik dan buktikan Hadie seorang yang hebat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inchik Yusuf Yusafa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah