Artis / Selebriti
” Tiba-tiba sedih baca caption, semoga Allah mudahkan semuanya.. ” – Netizen
Bawa Ibu Tunai Solat Subuh Di Masjid, Perkongsian Maryam You Narae Undang Rasa Sebak Ramai. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan !!
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian Maryam bersama ibunya telah meraih perhatian ramai. Menurut Maryam, hari tersebut merupakan hari terakhir bersama ibunya di Malaysia. Ibu Maryam telah datang ke Malaysia untuk melawat Maryam dan cucunya, Rina.
Sepanjang ibunya berada di Malaysia, Maryam juga membawa ibunya ke tempat-tempat menarik untuk dilawati dan juga bertemu dengan ibu mertua Maryam. Maryam juga berkongsi kisah hidupnya di ruangan kapsyen posting tersebut.
Selama tiga tahun Maryam tinggal di Malaysia dan berjauhan dengan keluarga terutama ibunya. Kedatangan ibunya ke Malaysia memberikan kesempatan buatnya untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu dan juga anak. Seperti mana Maryam sayangkan anaknya Rina, begitu jugalah dengan ibu Maryam.

Di akhir perkongsian Maryam, ibunya mengikutnya bersolat subuh di masjid dan akan mempelajari cara bersolat secara perlahan-lahan apabila pulang ke Korea nanti. Ibunya juga akan membawa pulang telekung kepunyaan Maryam untuk kegunaan bersolat nanti.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memanjat rasa syukur melihat Maryam dan ibunya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tibe2 sedih baca caption.. semoga Allah mudahkan semuanya.. Syukur Alhamdulillah. So it is yr mom that l met at BENs grocery. She has a lovely,calm face.. “
” Alhamdulillah, moga Allah permudahkan segala urusan buat maryam n family.. Alhamdulillah semoga terus kuat dan dipermudahkan buat omma maryam .. “
” Allahuakbar.masyallah.moga diberi hidayah pdnya…maryam anak yg baik insyallah ibu akan terbuka hatinya… aamiin.. “
” Allahuakbar, MasyaAllah. Semoga Allah beri hidayah kpd ibu Maryam juga. Tahniah Maryam.. besarnya pahala maryam masyaallah.. “
” Alhamdulillah saya doakan unnie & eomma unnie dipermudahkan urusan oleh Allah SWT selalu aamiin Ya Rabbal A’lamiin.. “
” MasyaAllah Tabarakallah… May ALLAH blessed and ease the whole journey of yours family.. Doa always mengiringi your mom & Semoga dipermudahkan semuanya.. “
” Insya Allah.. semoga Allah permudahkan segalanya utk Omma Maryam. Subhanallah Alhamdullilah hidayah dr Allah Aamin.. “
Seronok dalam masa yang sama tersentuh melihat perkongsian Maryam pada posting ini. Pastinya memori Maryam bersama ibunya di Malaysia akan menjadi kenangan tidak dilupakan. Semoga Maryam dan ibunya sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan hendaknya. Amin .

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam You narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

