Artis / Selebriti
” Tiba-tiba Misha latih Amayan jadi rakan duet. Comel betul laa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ammar Ahyan ketika menemubual Misha Omar di Post Mortem Talk To My Manager buat ramai terhibur. Wah akhirnya Amayan dapat jumpa penyanyi kesukaannya. Sempat lagi Amayan ajak Misha berduet lagu Break, hehe..
Semalam, Misha Omar hadir ke konsert semi final Talk To My Manager sebagai juri jemputan. Sejurus konsert TTMM selesai, Misha tampil pula di Post Mortem Talk To My Manager bersama hostnya, Dato’ Aliff Syukri dan Ammar Ahyan. Ini detik yang paling teruja buat Ammar kerana dapat tertemu mata dengan penyanyi kesukaannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Ammar dan Dato’ Aliff menemubual Misha. Kesempatan yang ada dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh Dato’ Aliff dengan menyuruh Ammar menyanyi bersama Misha.
Ammar duduk di sebelah Misha dan mereka sama-sama menyanyi lagu hits Misha yang juga lagu kegemaran Ammar iaitu Break. Terhibur penonton di MBSA mendengar nyanyian mereka berdua. Walaupun suara Ammar bukanlah tone seorang penyanyi tetapi keyakinannya itu membuatkan warganet menyukai Ammar.

Misha sendiri teruja dapat bertemu Ammar dan kata Misha, dia selalu stalk akaun Instagram Ammar dan melihat apa yang Ammar lakukan. Bertambah riuh dengan ketawa apabila Misha mengatakan dia belum puas berbual bersama Ammar kerana slot mereka terlalu pendek di situ.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Apak dia dekat sebelah Mitch tu suka betul.. Tiba-tiba Misha latih Amayan jadi rakan duet.. haha comel betul laa.. “
” Ok apa amaryan nyanyi . not bad. smoga amaryan trus bejaya ….. dont care about others.. sedapnya suara Kak Mitch.. “
” Dah makin improve ammayan.. nampak dah kurang kekok jadi pengacara tu.. slay lah Ammayan dapat duet dengan Misha.. “
” Amayan, nyanyi dengan Misha Omar.. penyanyi kesayangan kesukaan dia tu.. steady lah Amayan.. love Amayan.. “
” Tapi kan kita tau lagu BREAK ni dari amayan tau.. Ammayannnn.. nyanyi sedap da eh sebelah kak mishaomar .. lagu ni jadi viral.. “
” Sweet time Amayan hulur mic untuk misha tu.. Pitching dah makin baik Amayan.. well done.. sebab Amayan acik tahu lagu ni tau.. “
” Sedaplah Amayan nyanyi, auto jadi pandai nyanyi bila duet dengan misha eh.. papa laris tu bukan main suka lagi tengok anak bujang dia dapat duet dengan penyanyi kesukaan.. “
Bagai bulan jatuh ke riba, pastinya ini akan menjadi satu moment indah untuk Ammar kerana dapat berduet dengan Misha. Lagu Break sememangnya selalu menjadi siulan Ammar. Semoga Ammar terus maju jaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

