Artis / Selebriti
” Tiba rasa rindu dan sebak. Rindunya dengan Siti Sarah, semua tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video kenangan arwah Siti Sarah Raissuddin bersama anak ketiganya, Ariq Matin sempena hari lahir Matin buat ramai sebak. Lagi bertambah sedih baca kapsyen yang ditulis di akaun Instagram Sarah..
Pejam celik, pejam celik, sudah lebih 4 tahun arwah Siti Sarah meninggalkan dunia ini dan sehingga ke saat ini juga, masih ramai yang terasa dengan pemergian Siti Sarah itu. Siti Sarah tidak hanya anak yang baik tetapi juga ibu yang penyayang serta isteri yang solehah ketika sepanjang hayatnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu ucapan hari lahir khas untuk Ariq Matin sempena ulangtahun kelahiran Matin. Isi ucapannya ada menyebut mengenai Siti Sarah dan ianya mengundang sebak di hati warganet.
Beberapa keping gambar dan sebuah video kenangan ketika Matin masih kecil bersama Siti Sarah juga dimuatnaik dalam perkongsian ini. Betapa cantik dan berserinya wajah Siti Sarah dan terpancar rasa kasihnya yang menggunung untuk Matin.

Menonton video Siti Sarah bersama Matin membuatkan hati warganet tersentuh. Matin masih kecil ketika itu dan mungkin tidak banyak memori yang Matin dapat ingat ketika bersama ibu. Tentu Matin juga merindui ibunya ini yang telah pergi buat selama-lamanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Lebih 24 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rindunya kak Sarah.. kenapa masih rasa arwah masih ada ya.. Alfatihah ibu matin , and happy birthday matin anak soleh.. “
” MasyaAllah cantiknya Siti sarah.. Happy birthday ank manja ibu daddy. Ank yg hebat. Sentiasa doakan ibu ye.. “
” Rindunya dekat arwah.. Selamat hari lahir Matin.. smoga sntiasa dlm lindungan & rahmat ksh sayang ALLAH.aminn.. “
” Rindunya siti sarah.. jumpa ibu dekat syurga ya matin sayang.. jangan lupa doakan ibu selalu.. selamat hari lahir matin.. “
” Ya Allah sedih nyee… rindu dkt arwah… semoga anak2 di beri kekuatan… happy birthday ariq maten.. “
” Alhamdulillah Ariq Matin dah dpt terima banyak kasihsayang.. Happy birthday.. terus sihat dan sukses. Solat 5 time ya.. “
” Tiba rasa rindu dan sebak.. rindunya dengan siti sarah.. Tinggal kenangan.. semoga matin jd ank soleh..x ada apa yg si ibu harapkn dr seorang anak.. doa berpanjangn buat si ibu yg telah berpisah dunia.. “
Ibu telah pergi jauh meninggalkan Matin dan kasih sayang seluruh keluarga terhadap Matin menjadi penyambung kasih ibu. Selamat hari lahir Ariq Matin daripada kami di Berita Kopak. Semoga Matin menjadi anak yang soleh dan selalu mendoakan ibu di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

