Connect with us

Artis / Selebriti

” Tiara kenal dah suara pakcik ni, kemain laju dia lari.. ” – Komen Netizen

Video Lan Pet Pet mengusik anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah setibanya di lapangan terbang Kota Kinabalu buat ramai terhibur. Bukan main jauh Tiara berlari, pecut habis. Nakal lah Uncle Lan Pet Pet ni, haha..

Meninjau ke akaun Instagram Jakel Textile, perkongsian sebuah video yang memaparkan Lan Pet Pet mengusik anak Achey iaitu Tiara Zinnirah ketika di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah telah meraih perhatian ramai orang.

Ini kerana kemesraan Lan Pet Pet menyakat kanak-kanak seperti dengan anak saudara sendiri sahaja. Lan memegang papan besar ‘ teddy bear ‘ dan berlindung di sebalik papan tersebut. Apabila Tiara muncul di balai ketibaan, Lan terus menyambut Tiara dengan papan tersebut.

Tiara seperti sudah mengetahui siapakah di sebalik teddy bear tersebut apabila mendengar suara Lan menyakatnya. Tiara segera berlari laju, namun Lan tetap mengejarnya sambil memegang papan tanda tersebut. Kemesraan mereka sangat mencuri perhatian.

Ada juga yang memuji sikap Lan yang begitu mesra dengan kanak-kanak dan melayan Tiara seperti anak sendiri. Malah, ada yang berseloroh mengatakan Tiara sudah “masak” dengan perangai suka mengusik Lan kerana terus berlari sebaik mendengar suaranya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Comel betul lah tiara ni …tgk tiara pnya gelagat n sempoi tu .. teringat zaman kanak2 kita … Terus ada yg nak ambik gmbo dgn Ketua Threads.. “

” Berbuka awal hari ni duta² selamat datang.. Abg Lan saja dengki Tiara.. tgk banyak kali video nie… kelakarrr.. mal,buat lah muka terkejut sikit..sian abg tu aku tengok.. “

” Memang melawak dari lahir gaya nya ni.. Baru kat airport dah meriah. bila tu esok ka.. Tiara dengar suara Lan teruih lari… “

” Slalu yg chubby susah lari… Tiara ni kemain laju dia lari…. Mungkin dia aktif sukan ni…. Omeyyyy nawww tiara.. Tahun depan ambil Mariam dan anaknya please.. “

” Sahur d KL berbuka d KK rezeki awal bbuka. Suka betul abg lan kacau tiara ek . Hahaha laju nya Tiara lari comel2  Uncle ni menyakat laaa…. “

” Eiiii abang Lan ni…. HaHaHa.. Uncle lan bukan Bang lan.. Macam bapak saudara dengan anak saudara. Tiara kenai dh suara pkcik ni hahaha.. “

” Tiara ni mmg sempoi la …. Alhamdulillah nampak dia enjoy childhood life dia…terbaik acey n wife. Tiara yg simple meniti zaman kanak2 nya.. “

Selain mencuit hati, video berkenaan turut memperlihatkan sisi penyayang dan ceria Lan ketika bersama kanak-kanak. Keakraban yang terjalin antara mereka membuatkan ramai netizen berasa terhibur dan tersenyum melihat kemesraan tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Huntrix

Trending

Copyright © Berita Kopak