Artis / Selebriti
” The real ‘kau akan terkenal di Bukit Bintang dikk’. Fly high Aina Abdul.. ” – Komen Netizen
Video Aina Abdul menyanyi sambil kereta bergerak di tengah Bukit Bintang buat ramai kagum. Kereta tengah bergerak macam tu tetap meremang dengar suara Aina. Gempak lah Aina..
Meninjau di akaun TikTok milik jomexploremy, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan daripada penyanyi Aina Abdul. Namun, apa yang menarik pada persembahan Aina pada kali ini adalah Aina menyanyi sambil kereta yang dinaikinya sedang bergerak.
Difahamkan rakaman ini diambil ketika Aina membuat persembahan di tengah Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk majlis sebuah produk antarabangsa. Menerusi video itu, Aina kelihatan begitu cantik mengenakan gaun berwarna hitam dan menyanyikan lagu English bertajuk Diamonds yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Rihanna.
Perkongsian video persembahan Aina itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum mendengar nyanyian Aina dan mengatakan Aina sememangnya layak membawa lagu barat seperti ini kerana Aina memiliki suara yang unik.

Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Wah lain macam Aina persembahan pada kali ini, memang gempak sangat lah Aina. Suara pun padu, meremang mendengar nyanyian Aina.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@jomexploremy fuh powet aina abdul di tengah bukit bintang #ainaabdul bukitbintang@Make Over Malaysia Store
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai persembahan yang dilakukan oleh Aina dan pelbagai kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hebat, lain dari yang lain cara dia buat untuk orang kenal dan ingat dia.. Exclusive, Elegant and Empowerement, Queen Aina Abdul. She definitely exudes rich rich vibe.. “
” The real ” Kau Akan Terkenal Di Bukit Bintang Dikk ” fly high Aina Abdul.. Aina nie nyanyi pon boleh senyum lebar, fuhhh.. “
” My goodness. Sedap gile suara nyanyi lagu Diamond ni.. Suara Aina memang international.. The one and only Aina Abdul.. “
” Sedapnye lah suara, mmg bunyi international. Itulah kelebihan Aina abdul. Jom layan concert tour Aina. Tgah ada promo semperna birthday dia… Usya IG now.. “
” Aina ni vibes barat, suara serak nyaring barat.. Sbb tu bila dia nyanyi lagu english mmg terus wowww dan dia dan erni antara artis muda yg ada woww factor yg sgt menyerlah.. “
” Haritu atas bas, harini atas mustangbeb.. Such a queen.. Terus lupa tau penyanyi asal siapa bila dengar Aina Abdul menyanyi .. Meremang dengar.. “
” Weyh camni professional semua tempat dia boleh nyanyi panas panas pon dia boleh nyanyi sedap.. Absolutely real queen for this era.. “
Nama Aina Abdul sememangnya terkenal dengan persembahan vokal yang penuh emosi dan susunan muzik yang memukau. Untuk sekadar info, pada bulan Oktober lalu, Aina telah diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH36. Kemenangan tersebut melayakkan Aina untuk membawa pulang trofi serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Toyota Harrier.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok jomexploremy, IG ainaabdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

