Artis / Selebriti
” Thalita punya malu tak boleh bawa bincang yer bila nampak Fattah, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita ketika bertemu dengan Fattah Amin di Anugerah Juara Lagu buat ramai terhibur. Alahai malu-malu pula Thalita bila dapat jumpa Abang Fattah. Blushing terus muka, peminat Fattah rupa-rupanya..
Sebut sahaja nama pelakon Fattah Amin, sudah pasti ramai yang mengenali dan meminati jejaka kacak ini. Mempunyai personaliti yang menarik, Fattah kini semakin mendapat perhatian ramai selepas kes penceraiannya dengan bekas isteri, Nur Fazura.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Thalita Shuib, telah dikongsikan video yang memaparkan Thalita hadir ke Anugerah Juara Lagu dan dapat bertemu dengan Fattah Amin. Menerusi video itu, pada awalnya Shuib menegur Fattah dan Fattah terus duduk berbual bersama Shuib sekeluarga.
Sempat Shuib berkata kepada Fattah yang Thalita sangat meminatinya dan Fattah sempat juga menyakat Thalita. Reaksi Thalita yang seakan malu-malu ketika bertemu dengan Fattah mencuit hati ramai. Alahai, peminat Fattah juga rupa-rupanya Thalita ini.

Bak komen warganet, semua peringkat usia, dari kanak-kanak sampai dewasa yang meminati Fattah. Ada juga yang turut memuji sikap Fattah yang dikatakan sangat mesra ketika bertemu dengan sesiapa pun. Sehingga kini, perkongsian video ini telah menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@thalita_shuib Ade peminat Fattah Amin kt sini??? Thalita minat dia jugak 😄
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah comel Thalita. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Thalita punya malu tak boleh bawa bincang yer bila nampak Fattah, haha.. Budak pun minat Fattah ok.. Ni kan pula orang tua, hehe.. Aku pula tersenyum tengok.. “
” Memang kacak betul Fattah ni.. Thalita pun dah malu2 jumpa Fattah.. Comel la ko dik malu² jumpa abang long Fattah.. Dalam hati mesti arghhhhhhh.. “
” Fattah Amin ni memang baik kan. Walaupun dia skrg tengah hangat di pasaran, tapi jenis tak sombong and mesra dengan kawan2. Sebab tu dia ramai kawan2 nampaknya.. “
” Tu baru Talita.. Belum aku, hahhaa.. Memang nak mintak gambar pun segan bila dapat tengok depan mata.. Bapak, memang handsome arr Fattah ni.. “
” Dah macam Khawla nampak uncle Aziz Harun dia, hahahahha.. Fatah dah makin matang bila dah jadi ayah. Nampak cepat mesra dengan kanak kanak.. “
” Tersengeh2 Thalita…Jumpa jejaka… Tampan…Budak kecil pun minat abg long.. Kelakar pula tengok reaksi malu Thalita tu, haha comel.. “
” Mesti abg fattah hesmes sgt tu sampai Talita malu2 miaw.. Next time Thalita n Fattah Amin bikin live jual product Pak Mat Western.. “
Malu-malu pula Thalita apabila dapat berjumpa dengan Fattah. Daddy dan mummy pun tak berhenti-henti menyakat Thalita. Bak komen warganet, meskipun sekarang Fattah ‘hangat di pasaran’ , namun Fattah tetap humble dan mesra dengan semua rakan-rakan selebriti. Tengok sahaja lah cara dia melayan peminat ciliknya, memang terbaik lah Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok thalita_shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

