Connect with us

Artis / Selebriti

” Terus malu-malu yer Cik B. Comel betul tengok reaksi Cik B tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri menyakat mahu menjadikan  Cik B sebagai menantunya buat ramai terhibur. Bersungguh-sungguh Dato’ Aliff cakap dengan Cik B, terus jadi sopan santun dan malu-malu Cik B bila kena kenenkan dengan Ammar Ahyan, hehe..

Meninjau di akaun TikTok milik quputehskincaremalltelah dikongsikan video yang memaparkan anak perempuan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B datang ke rumah Dato’ Aliff Syukri. Menerusi video itu, kelihatan Cik B cantik mengenakan baju kurung.

Kedengaran Dato’ Aliff memuji Cik B sangat comel apabila berpakaian seperti itu. Bukan itu sahaja, sempat Dato’ Aliff menyakat Cik B dengan memberitahu Cik B adalah bakal menantunya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Aliff, CIk B memberikan reaksi terkejut dan malu-malu.

Menerusi video kedua pula, Dato’ Aliff sekali lagi menyakat Cik B dan mahu menjodohkan Cik B dengan Ammar Ahyan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat keperibadian Cik B yang dikatakan begitu sopan santun.

Ada juga yang bersetuju jika Cik B dan Ammar dijodohkan kerana mereka adalah ‘sekufu’ . Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@quputehskincaremall

bakal menantu mak awak 😛 #cikbhavoc #dsvgelak #cikb #cikbidadari #viralvideo #fyppp #masukberandafypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #datoserivida #bossb #masukberanda #viralditiktok

♬ original sound – QUPUTEHSKINCAREMALL – QUPUTEHSKINCAREMALL

@quputehskincaremall

kali nie buat sampai jadi 🤣 #cikbhavoc #dsvgelak #cikb #cikbidadari #viralvideo #fyppp #masukberandafypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #masukberandafypシ #quputehbarulahputeh #datoserividafyp #viralditiktok

♬ original sound – QUPUTEHSKINCAREMALL – QUPUTEHSKINCAREMALL

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terus malu-malu yer Cik B. Comel betul tengok reaksi Cik B tu, haha. Suka tgk cik B ni. baik budi bahasa menghormati sapa saja.. “

” Anak orang kaya yg penuh beradab.. Didikan org tua yg pndai beradab masyallah terbaikkk.. Mana tahu kan, kalau dah jodoh, hehe.. “

” Tak tau la, tp aku suke betul tgk anak2 dato Alif dgn dato Vida, dua2 baik budi bahasa.. One day, kalau Cik B dah kurus, dia mesti akan jadi wanita yang cantik.. “

” Kenapa aku rasa Ammar akan iya kan je setuju kalau dijodohkan, hahah dia kan takut dengan dato Alif .. Terus teringat Ammar kena paksa nyanyi lagu ubat gigi tu, haha.. “

” Ammar ni kalau CikB je dia takde pun cakap taknak. Haha kalau video ngn CikB pun senyum je, haha.. Ulang2 aku tengok… Cutes sngt dato Cik BCess.. “

” Cik B mmng suka gurau, Dato pun best tak memilih asalkn baik budi perkerti nya.. Dah nampak Dato ni antara bapa mertua yang baik nanti.. “

” Kira jadi la eak… Sekufu bak kata Cik B.. Ok..  Taknak hrpkan lebih2 tp sy aminkan bila Datuk Alif ckp mcm tu… Semoga jodoh mereka ada.. “

Kuat menyakat lah Dato’ Aliff ni, terus malu-malu Cik B dibuatnya. Apa-apa pun, perkongsian video tersebut hanya lah sekadar gurauan sahaja kerana bagi yang belum tahu, Cik B sememangnya rapat dengan anak-anak Dato Aliff iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok quputehskincaremall

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak