Connect with us

Artis / Selebriti

” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen

Video Ning Baizura mengaji surah An Nur secara live bersama team Geng Ngaji raih pujian ramai. Kali pertama dengar Ning mengaji, sedapnya Ning bertaranum. Terpegun semua.. 

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini banyak program keagamaan yang ditayangkan di kaca TV. Antara program yang mempunyai ramai penontonnya adalah program Geng Mengaji yang di hostkan oleh Ustaz Husaini Mahmur, Fakhrul Radhi dan Ustazah Nor Hidayah Abd Rahman.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ning Baizura Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ning muncul di program tersebut secara online sebagai artis jemputan. Sebagaimana biasa, semua jemputan akan memperdengarkan bacaan surah suci Al-Quran.

Ning diberikan tugasan untuk mengalunkan surah An Nur ayat 3 dan 4. Tidak hanya hebat di pentas nyanyian, Ning juga sangat hebat dalam mengaji. Bacaan Ning dan lenggok suaranya itu meraih pujian daripada semua penonton dan ramai yang teruja mendengar suara Ning.

Ujar Ning di ruangan kapsyennya, dia pada awalnya kurang yakin sama ada dirinya layak atau tidak untuk bertaranum. Ini merupakan kali pertama Ning mengaji secara live dan ianya pengalaman yang indah untuk Ning. Banyak yang Ning belajar dan memohon kemaafan kepada semua andainya ada salah dan silap dalam taranumnya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan pujian diberikan oleh warganet terhadap bacaan Ning itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mesti lah Ning baizura pandai mengalunkan ayat suci Al Quran, ayah dia ustaz.. SubhannAllah … Pandai Menyanyi .. Pandai Mengaji .. Kurniaan Allah swt.. “

” Ingatkan Sharifah Khasif tadi. Telefon pun melting sampai terjatuh sebab cair dengan Kak Ning punya suara.. sedap sangat dia ngaji kalau macam ni.. “

” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji.. sedap sngt tu kak telephone pun dh begegar tulang rusuk.. “

” Sedapppnya suara ning mengaji. bacaan tu best dengar.. Teringat gaya mak mak mengaji. Alhamdulillah.. “

” Sedap alunannya.. Ning Baizura pun berani mengaji on live TV. Kita yg sebelum ni mengata dia pun tak tentu lagi boleh buat.. “

” Allahu… what a beautiful reading.. subhanAllah.. Merdu Dan hebat Ning mengaji Al Quran Al Karim.. “

” Kak ning best gila ngaji.. smpai jatuh² handfon.. indah ning dalam bacaannya.. moga Allah memberi hidayah pada saya.. “

Indah sungguh bacaan Ning dan ianya halwa telinga yang terbaik daripada Ning. Bukan hanya orang yang terpegun, handphone Ning pun sampai jatuh. Semoga Ning terus istiqamah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ning Baizura, Tiktok carrotsusu107

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak