Artis / Selebriti
” Terkejut weh tak sempat 2 saat tiba-tiba dia dah terbang. Alisa spider girl.. ” – Netizen
Video Gelagat Hairul Azreen Bersama Alisa Aisyah Curi Perhatian Warganet. Fuh Lain Macam Alisa Sekarang, Dah Upgrade Weh Skill Paskal Dia. Boleh Terbang Anak Hairul Ni, Hebat !!
Keluarga kecil Hairul Azreen dan Hanis Zalikha seringkali menjadi perhatian warganet. Pasangan ini antara pasangan selebriti yang bersih dari sebarang kontroversi. Hairul dan Hanis hidup dengan bahagia bersama 2 orang anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Menerusi akaun Instagram Hairul Azreen, telah pun dimuatnaik satu video terbaru Hairul bersama Alisa. Tulis Hairul di ruangan kapsyennya, hari itu 23 April 2024 merupakan hari ulangtahun kelahirannya. Ia juga adalah hari pertama Alisa mula bersekolah.
Sambung Hairul lagi, Hanis sedikit kesedihan kerana Alisa sudah masuk sekolah. Hanis menyifatkan Alisa adalah ‘ last baby ‘ mereka. Sekejap sahaja masa berlalu, Alisa yang dulu cheeky girl dan suka mengusik mommy sekarang sudah bergelar pelajar.

Melihat gelagat Alisa bersama Hairul membuatkan warganet terpegun. Alisa memang diketahui lasak orangnya dan kali ini Alisa menunjukkan skill ‘terbang’. Tak sampai 2 saat Alisa sudah berada di atas belakang daddynya. Hebat lah Alisa, mesti daddy training ala-ala paskal dekat rumah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Hairul ini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Repeat banyak kali.. first time tengok tu tak bersedia tiba-tiba dia dah terbang. terkejut weh x sempat 2 saat.. ”
” Ni anak ka sugar glider haha.. Gitu je Alisa terbang weh. avengers rasanya ni. macam ada magnet.. ”
” Alisa is going to be a tough girl.. Like father like daughter sangat ni. anak paskal daddy dah makin advances.. The spider Alisa.. ”
” Macam ada spring.. alisya berani sebab percaya kehebatan ayah dia.. Ulang-ulang kita tengok.. kagum betul dengan alisa ni.. ”
” Gitu je member angkat anak haha. Lama nya tak tengok Alisa. Dah boleh terbang dah ye.. berani betul.. ”
” Fuh Alisa, bukan main skill dia. Gempak aa Alisa, suka tengok Alisa ni.. Apa lagi Alisa boleh buat, nak tengok lagi.. ”
” Happy birthday.. ish ish slay tull.. alisa spider girl.. hebat hebat.. bapak yang hebat, anak pun jadi super hebat.. ”
Bak kata warganet, daddynya hebat, anak pun super hebat. Mana tak terkejut warganet, tak sangka Alisa akan ‘terbang’ sepantas itu. Ramai juga lah yang ulang kali menonton video ini semata-mata hendak melihat Alisa ‘terbang’. Anak daddy yang hebat dan berani, gempak lah Alisa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen



