Connect with us

Artis / Selebriti

” Terkejut mak kau Airell dengar kau bagi pantun. Aduhai random betul, haha.. ” – Komen Netizen

Video Anak Lelaki Sharifah Shahirah, Airell Memberi Serangkap Pantun Ketika Hadir Ke The Hardest Singing Show Buat Ramai Terhibur. Berdekah Semua Dengar Pantun Airell. Lari Jauh Pantun Tu. Mahu Mak Kau Tak Angin Satu Badan, Haha !!

Meninjau di akaun TikTok milik Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan baru-baru ini, geng rancangan Travel With Mommy iaitu Bell Ngasri bersama ibunya, Sharifah Shahirah dan Liza Abdullah bersama anak lelaki mereka hadir ke rancangan The Hardest Singing Show minggu ke 7.

Menerusi video itu, pengacara rancangan tersebut, Nabil Ahmad telah meminta anak Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, Airell untuk memberikan serangkap pantun. Ini gara-gara Airell tidak bercakap apa-apa sebelum itu. Kata Nabil, pantun yang perlu diberikan oleh Airell hendaklah pada rangkap akhir berbunyi ‘ kembali selepas ini’ .

Dengan penuh yakain, Airell memberikan pantun dengan berkata ‘ Bela kambing, bela itik, hari-hari saya blur’ . Mendengar pantun Airell tersebut, Shiera terus merampas mikrofon yang ada pada tangan Airell. Penonton yang hadir turut berdekah ketawa mendengar pantun Airell.

Sempat Nabil menyakat Airell, gara-gara pantun yang diberikan Airell itu, ibunya tidak lagi mahu menjaganya. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 118 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@astrogempak

Sabor la mak-mak dengan kerenah anak ye. Jawapan memang mengundang darah tinggi ya. Undi peserta kegemaran anda sepanjang siaran langsung di www.gempak.com/thehardestsingingshow Saksikan The Hardest Singing Show 🗓️ Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my #TheHardestSingingShow #THSS #LuarLimitasi #TheHardest #AstroGo #AstroBaharu #sookaMalaysia #sookaGotAll #sookaGotDrama #LayanOriJanganCuri

♬ original sound – Gempak – Gempak

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur melihat telatah spontan Airell ketika memberikan pantun. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terkejot mak kau Airell dengar kau bagi pantun, aduhai random betul, haha.. Dia kt dunia mana masa tu, aku penat gelak tau tengok video ni.. “

” Terus Shiera rampas mikrofon, hahahahaha.. Lawak lah anak Shiera sorang ni.. Kering je dia buat lawak, orang lain tak henti gelak dia boleh buat muka blur, haha.. “

” Apa kebenda dari bela itik terus kau blur anak oii, hahaha nasib si mak tu tak cepuk kepala.. Tengah siaran langsung kot, hahahahahahaa.. Bertabah lah, haha.. “

” Hahaha.. Lawak la anak Shira ijoy ni… Muka dia blurrr je.. Satu dewan gelak, hahahaha.. Mana tahu ada rezeki Airell jadi pelawak nanti, hahahaha.. “

” Ni dah versi pantun Yo Parey dah.. Nabil pun lawak, siap cakap mak kau pun tak lnak bela kalau dah perangai mcm ni hahaha.. Airell ooo Airell.. “

” Bela kambing bela itik tiap2 hari sy blur, hahahahahahahaahaha… Ngok ngek lah Airell slumber kau bagi pantun mcm tu, mahu tak berdekah semua orang.. “

” Muka mak dia time rampas mic tu lawak laaa hahaa dah angin bengang satu badan dah tu.. Awalnya mesti mak dia ingat dia boleh pantun, hahaha.. “

Boleh tahan kelakar lah anak Shiera dan Ijoy ni. Dalam senyap-senyap dan tidak berkata apa-apa, random terus pantun Airell bagi. Mahu maknya tak angin satu badan, satu auditorium turut berdekah ketawa. Memang sempoi lah Airell. Semoga selepas rancangan itu, Airell tidak kena bebel lagi dengan Shiera dekat rumah, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT