Artis / Selebriti
” Terima kasih semua dan maaf dari kami.. ” – Shuib Sepahtu
Tidak dapat buat persembahan di Konsert Final Talk To My Manager, Shuib Sepahtu kongsi video keadaan Thalita buat ramai tersentuh. Alahai kesiannya Thalita..
Semalam telah berlangsungnya konsert akhir Talk To My Manager yang membariskan enam peserta. Namun nasib tidak menyebelahi Thalita kerana diduga dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan Thalita untuk membuat persembahan di konsert final.
Thalita telah disahkan menghidapi Influenza A dan dirinya perlu dikuaratin. Thalita terpaksa akur dan hanya menonton persembahan rakan-rakannya yang lain di kaca televisyen sahaja. Menerusi akaun Instagram, Shuib berkongsi video keadaan Thalita.
Shuib juga memuatnaik sebuah video yang memaparkan memori perjalanan Thalita sehingga dikenali ramai. Thalita hanya bermula dengan menyanyi di Bukit Bintang sehingga akhirnya menyertai program Talk To My Manager dan semakin mempunyai ramai peminat.

Perkongsian video-video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Shuib turut berterima kasih kepada semua yang sering memberi sokongan terhadap Thalita sehingga ke peringkat ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai peminat agak kecewa kerana Thalita tidak dapat beraksi. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Whyyyy patutnyaaaa dia layakkk no 1 tauuu kenapa astro tak extend another weekramai tak sihat. Cepat sembuh talita aunty tak sabar nak tengok Talita perform next week..pilih lagu yang power² tau.. “
” Alahai ingat prank nanti hujung2 tata ada , tetiba p ig tgk betul tata at rumah gws tata , moga ada sinar yg lebih baik .. “
” Allahu kesiannya thalita xsihat ye,xpe thalita..kesihatan no 1,thalita masih muda sgt lgi masih byk peluang utk masuk pertandingan kedepan hari.. “
” Tak semangat tau tgk TTMM malam ni. Auntie Kalau tgk TTMM mmg tunggu thalita_shuib nyanyi tau. Apa2 pun get well soon Dekta. Ada rezeki lain menanti mungkin.. “
” Get well soon Thalita! tk sabar nk tgk Thalita nyanyi & berduel dgn Amad but Allah knows best.. All the best for your future Thalita dear.. “
” Doa nani untuk Thalita Semoga cepat sembuh, sihat, dan berjaya di Grand Finale ‘Talk to My Manager’ minggu hadapan! “
” Prank kan tetap tunggu talita nyanyi..ni mesti tetiba talita timbul masa battle dengan amad (cakap dengan nada mendayu) “
Namun di akhir konsert final Talk To My Manager, para peserta dikejutkan dengan konsert grand finale pada minggu hadapan. Ini bermakna Thalita masih berpeluang untuk beraksi di pentas TTMM. Semoga Thalita cepat sembuh dan berjaya membuat persembahan yang terbaik pada grand finale nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti6 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal


