Connect with us

Viral

” Terharunya tengok satu dewan bangun, mesti semua graduan rasa bangga dengan Farrah.. ” – Netizen

Video Wanita Tanpa Tangan, Norfarrah Syahirah Shaari Menerima Skrol Sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke 98. Part Semua Orang Berdiri Memberikan Tepukan Dan Sorakan Gemuruh Untuk Farrah Tu Sebak Sangat !!

Sebelum ini cerita tentang seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan, Norfarrah Syahirah Shaari sering menarik perhatian warganet. Perjalanan kisah kecekalan Farrah sebagai orang kurang upaya (OKU) mendapat pujian sehinggalah sekarang Farrah sudah pun mendirikan rumahtangga.

Meninjau di akaun Instagram milik Farrah sendiri, dikongsikan video detik-detik Farrah menerima skrol di atas pentas sambil ditemani suaminya Zulfadli Syahrul. Farrah mendapat penghormatan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke 98 kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

Klik gambar untuk info..

Video tersebut memaparkan para graduan berdiri sebelum memberikan tepukan dan sorakan gemuruh buat Farrah. Selain itu, Farrah juga memuatnaik video suaminya sedang membantunya memakai jubah konvokesyen. Perkongsian video-video ini sekali lagi telah menarik perhatian ramai.

Ada yang mengatakan turut merasa tersentuh melihat satu dewan memberikan tepukan gemuruh kepada Farrah. Selain itu ada juga yang memuji suami Farrah sentiasa berada di sisinya. Sehingga kini, video-video baru yang dimuatnaik oleh Farrah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa bangga dan terharu dengan perkongsian video oleh Farrah dan dalam masa yang sama mereka memberikan ucapan tahniah kepada Farrah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terharunya tengok satu dewan bangun, mesti semua graduan rasa bangga dengan Farrah.. Awk mmg hebat tp awk sgt berutung didampingi suami yg lebih hebat.. “

” Subhanallah.. Allahuakbar.. Tahniah Syahirah.. Air mata kagum sy jatuh tanpa paksaan.. Sy ambil semangat awak ye.. Sy tgh berjuang tmatkan pengajian juga.. Proud of u.. “

” Masyaallahhh allahuakbhar alhamdulillah, tahniahhh buat akk Farah semoga berjaya dunia akhirat dan dipermudahkam segala urusannyaaa.. “

” Sebaknya tengok.. Rasa terharu sangat2 tengok semua orang bangun sama2 tepuk tanda sokongan buat Farrah.. Tahniah Farrah.. “

” Tahniah, Alhamdullilah.. Besar ganjaran di sisi Allah swt bl suami berbuat baik kpd isteri. Kpd suami Syirah, anda sedang berada di dlm gudang pahala oleh Allah swt.. “

” Tahniah adik.. Walaupun tidak mengenali adik tapi kekuatan adik dalam meneruskan kehidupan sbg hamba Allah sgt memberi inspirasi pada semua orang.. “

” Sebaknya.. Bangga tengok tau.. Tahniah buat adik Farrah.. Sangat memberikan inspirasi buat semua.. Semoga urusan kehidupan adik dipermudahkan.. “

Klik gambar untuk info..

OKU bukanlah penghalang dalam menuntut ilmu kerana di sebalik kekurangan Farrah, dia juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Difahamkan Farrah memperolehi diploma dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Apa-apa pun sekalung tahniah diucapkan buat Farrah atas kejayaannya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG norfarrahsyahirahshaari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT