Artis / Selebriti
” Tergamam adik kecik tu dengar suara Amir. Lenggok dia lain dengan sebelum ni.. ” – Netizen

Video Reaksi Seorang Bayi Ketika Amir Sisi Mengalunkan Bacaan Al-Fatihah Raih Perhatian Warganet. Alahai Sampai Terpegun Baby Tu Dengar Suara Amir. Makin Lunak Alunan Amir Mengaji, Menusuk Ke Hati !!
Meninjau akaun Tiktok Iezahkassim, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Amir The Chosen One sedang mengalunkan bacaan Al-Fatihah. Ketika itu Amir berada di rumah salah seorang guru SK Kemar. Amir memang cukup terkenal dengan alunan qasidahnya yang menusuk kalbu.
Suara Amir sememangnya sangat lunak dan merdu, apatah lagi jika mengaji pasti menarik perhatian sesiapa sahaja termasuklah anak kecil. Menerusi video ini, dapat dilihat ibu dan adik Amir juga turut ada bersama. Seorang bayi perempuan berada di hadapan Amir melihat sahaja ke arah Amir ketika Amir mengaji.
Bukan orang dewasa sahaja yang terpegun dengan bacaan Amir ini, bayi kecil pun tahu begitu asyik mendengar alunan suara Amir yang sedap. Makin berlemak pula lenggok Amir ini, sejuk perut ibu mengandungkan Amir. Melihat ke ruangan kapsyen pula, ada diceritakan mengenai Amir.
Katanya puas dipujuk Amir supaya buka mulut. Setelah sesi pujuk memujuk berlaku baru lah Amir mengalunkan suaranya. Itu pun cikgu yang menguruskan Amir yang suruh Amir baca surah Al-Fatihah. Tambah cikgu Amir lagi, minta Amir menyanyi lagu Haruman Terindah tetapi Amir tidak layan, hehe.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@iezahkassim1 Alhamdullillah… buka jgk mulut si Amir ni stlh puas sessi pujuk memujuk.. minta belanja Haruman Terindah dia x layan..😅😅
Hampir 2000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kira nak suruh buka mulut kena sesi memujuk la ya.. dia tetap dia hehe.. Amir kata nk suruh nyanyi bayar la haha. belanja ngaji je la pakat2 dpt pahala.. ”
” Nanti adik tu pun pandai macam Amir.. Si Comel ni pun suka dan minat Amir sampai terpegun dengar Amir mengaji.. ”
” Kelunakannye suaranye bagai permata ujud anak rimba.. kalau jadi imam cantik sangat suara yg merdu.. ”
” Merdu sungguh la suara adik amir ni.. suka dengar amir baca surah macam Gini.. merdunya tu menusuk ke kalbu betul.. ”
” Sedap halwa telinga mendengar. Mengaji sedap, nyanyi pun sedap. Makin sedap Amir mengaji kali ni, lenggok dia lain dengan sebelum ni.. ”
” Alhamdulillah.. sedapnya alunan suara adik amir. sejuk hati perut dengar suara Amir baca al-Fatihah semoga menjadi ank yg soleh penyejuk hati Mak ayah amir.. ”
” Tergamam adik kecik tu dengar adik amir baca Alfatihah. Makin sedap bacaan Amir, lenggok tu alahai tak jemu dengar.. ”
Halwa telinga yang mendamaikan hati, merdu sangat suara Amir ini. Amek pun tersenyum sahaja melihat Amir mengaji. Semoga Amir menjadi anak yang soleh selalu. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Amir terus maju jaya serta berjaya tidak hanya dalam nyanyian tetapi dalam pelajaran juga.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok IezahKassim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen