Artis / Selebriti
” Tergamaknya Tokti mensitinurhalizakan lagu tu spontan macam tu je.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita buat warganet teruja. Fuh Tokti kalau nyanyi, santai macam tu pun sedap. Mendayu-dayu, dah macam lagu sendiri. Gempak lah versi Tokti..Β
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Nadeera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadeera dan Hael Husaini berpeluang bertemu mata dengan biduanita negara dan penyanyi nombor 1 negara kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Kesempatan ini diambil oleh mereka untuk meminta DS Siti menyanyikan sedikit lagu ciptaan Hael untuk Nadeera berjudul Bukan Lagi Kita. Lagu hits Nadeera yang juga merupakan OST drama Curang Tanpa Niat ini layak ke final Anugerah Juara Lagu 39 yang bakal bersiaran pada 16 Februari akan datang.
DS Siti seperti selalu, nyanyiannya santai-santai sahaja tetapi power dan mantap. Nadeera dan Hael begitu gembira kerana DS Siti sudi menyanyiΒ lagu ini walaupun beberapa rangkap lirik sahaja. Suara DS Siti yang lunak merdu itu membuatkan lagu ini kedengaran semakin sedap.
Lagu siapa pun andai dinyanyikan oleh DS Siti akan dinyanyikan dengan sebaik-baiknya. Ramai di kalangan warganet yang mengatakan lagu ini dalam versi DS Siti membawa aura yang berbeza. DS Siti juga turut memberikan kata-kata semangat buat Nadeera untuk AJL39.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan rata-ratanya memuji suara DS Siti. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagu ni mood nak marah. Bila tokti nyanyi jd mood yg terpaling tersakiti.. mood Lemak-lemak merdu.. “
” Tergamak nye beliau mensitinurhalizakan lagu tu spontan macam tu je. Kenapa tok ti nyanyi x nmpak menjerit eh.. “
” Tolong aku terhenti dekat sini, dah x bole gerak dah ni, dah lock kat sini je nie….best terukkk nie.. “
” Masalah tokti nyanyi auto tak tergamak. Terus lupa aku dengan suara Nadeera.. Tokti ni kalau dia nyanyi lagu org, auto dgr mcm lagu dia sendiri.. “
” Nadeera nyanyi sedap gila. Tapi beza tokti nyanyi jadi merdu weii.. tokti punya gemersik tu… fuhhhhh… terbuai-buai.. sedap vetul versi tokti ni.. “
” Tokti nyanyi lagu nie.. rs mcm sedih lh plak kt elinaβ¦ klu yg ori, rs nk mrh je dgn eshall.. tergamak tokti nyanyi merdu cmni… stuck kat sini ni.. duk ulang dgr je.. “
” Sedapp part βbertanyaβ . Terus another level yaaa.. Tergamaknya semua dalam satu. Manisnya, merdunya, lemaknya.. “
‘Tergamak’ sungguh DS Siti menyanyi sesedap ini lagu Nadeera. Tak puas mendengar suara lemak merdu DS Siti itu. Versi original oleh Nadeera sudah sedsp, versi DS Siti pun sedap juga. Mungkin Hael boleh ciptakan satu lagu untuk DS Siti selepas ini. Tak mustahil boleh meletop seperti lagu ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nadeera, Tiktok Hael Husaini, Tiktok Sitizoners
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long. Ni dah terang-terang, tak payah suluh-suluh lagi erk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa jantung macam nak luruh, you bayangkan anak kita doktor cakap macam tu.. ” – DS Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam .. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pickup line Abang Long paling sweet. Macam kena panggil tok kadi dah ni, kira jadi.. ” – Komen Netizen