Artis / Selebriti
” Terbahak aku dengar. Nangis Dato’ Awie dengar lirik baby, haha.. ” – Komen Netizen
Video Norreen Iman menyanyi bersama adik bongsu Bell Ngasri, Baby lagu Dato’ Awie, Tragedi Oktober buat ramai terhibur. Alahai Baby, kelakar betul lirik tu, jauh sangat larinya. Boleh Norreen tahan gelak yer. Kalau orang lain mahu dah berdekah dibuatnya, hehe..
Adik bongsu kepada Bell Ngasri yang digelar Baby merupakan anak istimewa. Sekali pun usia Baby telah pun mencapai angka 30 tahun, namun wajah baby facenya itu tidak banyak berubah dari dulu sehingga sekarang. Baby juga banyak mulut dan apabila dirakam perbualannya berborak, berbagai-bagai ragam yang dilakukan oleh Baby.
Meninjau entry terbaru di akaun Norreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norreen Iman berbual bersama Baby dan bertanyakan mengenai seorang jejaka bernama Nazirul. Norreen ingin mengetahui sama ada Baby sudah putus hubungannya bersama Nazirul atau tidak.
Mama Baby yang berada di situ mencelah dan Baby terus mengubah topik perbualan mereka. Pandai betul Baby cover line tetapi Norreen tidak perasan dan ini membuatkan Baby mencubit lengan Norreen. Selepas itu, Norreen mengajak pula Baby untuk menyanyi.

Memilih lagu Dato’ Awie berdulu Tragedi Oktober, lirik yang Baby nyanyikan menggeletek hati warganet. Baby sesuka hati menukarkan Tragedi Oktober menjadi bulan lain. Belum habis lagu Dato’ Awie, disambung pula lagu Alamak Raya Lagi. Ini sememangnya lagu wajib Baby dan merupakan lagu kegemarannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia dah start buat lirik sendiri, haha.. sumpah lah terbahak aku dengar tragedi September. Nangis dato’ Awie baby dengar lirik baby, haha.. “
” Macam Abang Bell Ngasri la Baby ni.. kenapa baby ni cute sangat.. confident tu memang tak goyang langsung haha.. “
” Tak boleh tahan mengekek ketawa weh, haha.. Balun lirik baby jangan tak balun haha.. so cute dia nyanyi macam saya selalu lain-lain lirik.. “
” Begitu sahaja dia mashup lagu ehk.. ee comel dan lawak la baby ni.. Aku kan ngn noreen je dah sakit perut, dia ajak baby plak join.. “
” Muka dia time takut pecah rahsia Nazirul tu cute betul haha.. aduhai lucu anak syurga ni. Terpelanting lagi liriknya haha.. “
” Bell ngasri boleh join dgn bby ni.. sebab dia memang ada experience haha.. bby mmg mak lawak la.. tragedi September dia terawal sebulan daaa haha.. “
” Adoi lalai lah Norreen, penat baby cover line. Lawak baby ni, dah la comel. kompiden dia next level, mintak ckittt. terhibur kita tengok baby ni.. “
Jika Norreen dan Bell itu sudah kelakar, Baby lagi kelakar daripada mereka berdua. Lirik spontan Baby begitu mencuit hati. Hentam sahaja lah Baby, janji ada bunyi seakan sama pun boleh. Part Tragedi September itu memang lari jauh sangat Baby. Apa-apa pun, semoga Baby sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norreen143, Tiktok Norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen


