Artis / Selebriti
” Terbahak aku dengar ayat Ubai ni. Dan lagi buat lawak, haha.. ” – Netizen

Shila Amzah Kongsi Video Reaksi Ubai Ketika Diberitahu Tentang Kehamilannya Buat Ramai Terhibur. Amboi Ubai, Dan Dan Cakap Dapat Hidu Dari Awal Lagi. Ayat Ubai Tu Lawak Betul. Tak Jadi Shila Nak Sebak, Terus Gelak !!
Semalam Shila Amzah dan Ubaidillah telah pun mengumumkan berita tentang kehamilan cahayamata mereka. Berita ini disambut dengan gembira oleh semua pengikut Shila dan Ubai. Terjawab sudah teka-teki warganet yang menyedari perubahan pada fizikal Shila.
Meninjau akaun Tiktok Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan semasa Shila memberitahu Ubai mengenai kehamilannya ini. Pada awal video, dapat dilihat Shila tidak dapat menahan air mata bercerita tentang kulit wajahnya yang bermasalah sekarang.
Selepas itu, video ketika dia dan Ubai berada di dalam kereta pula ditunjukkan. Ubai seakan boleh menghidu perubahan pada Shila. Sempat mendengar Ubai membuat sedikit ‘tazkirah’ bercerita arwah ibunya dahulu pandai meneka jika ada sesuatu berlaku.
Shila yang moody dan selalu berubah emosinya antara perkara yang Ubai perasan mengenai Shila. Sesampai di restoran, Shila cuba membuat kejutan untuk Ubai dengan meminta Ubai mengambil barang di dalam begnya yang mengandungi alat ujian kehamilan dan keputusannya tertera pregnant.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@shilaamzahofficial Sama2 mabuk, sama2 mengidam, it has been quite a roller coaster ride for both of us, few months to go in sha Allah π€ semoga yang sedang TTC akan ditiupkan benih zuriat juga dalam rahim kalian, Sha doakan π«ΆπΌ Mohon doa yang baik2 dari kalian ya.. #pregnancyannouncement #fy
β¬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kenapa ek bila bagitau suami kita pregnant kan, kita mesti segan ahahahah.. walaupun dah anak ke 2, rasa macam malu.. ”
” Mga Sha dan Ubai tabah menghadapi smua ujian & dugaan. Mga Allah berikan kekuatan pd anda brdua. Doa yg trbaik drpd saya utk Sha & Ubai.. ”
” Shila ni lepas kahwin lagi happy dari before this.. aku dah banjir air mata tengok video ni.. semoga semuanya dipermudahkan Shila.. ”
” Tahniahhh shila dan ubai.. semoga dipermudah pregnancy sha sampai deliver nanti.. take care sha.. ”
” Ni bukan shopee ni happy.. haha terbahak aku dengar ayat Ubai ni. dan lagi buat lawak haha.. baby girl on the way, insha Allah.. ”
” Betul saya pun beli 1 murah 1 mahal hahaha. Yg mahal jugak accurate. Anyway congrats sha and ubai. Kita dah menanti hari nak beranak dah.. ”
” Alahan kuat ni biasanya baby girl.. tahniah Sha, enjoy dan takecare too.. Seronok tengok Ubai jaga Sha.. bila ditangan lelaki yang tepat.. happy tengok sha sekarang.. ”
Seronok warganet melihat kegembiraan Shila sekarang, hidup yang lebih tenang dan bahagia untuk Shila. Semoga segala proses kehamilan Shila sehingga melahirkan bayi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Selamat menikmati saat-saat manis ini Shila.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shila Amzah, IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah