Viral
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen

Perkongsian sepupu arwah Aqil Taqiuddin bekalan makanan dan baju terakhir yang dipakai oleh arwah buat warganet sebak. Tak tergambar dengan kata-kata, sedih tengok baju Aqil tu..
Sudah beberapa hari peristiwa nahas bas melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris berlaku namun ramai yang masih bersedih dengan insiden tragis ini. Sekali pun tidak mengenali pelajar-pelajar yang terkorban, hati warganet diruntun sayu dengan perkongsian daripada keluarga mangsa.
Meninjau entry di akaun Facebook Kenji Channel, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan barangan salah seorang mangsa nahas tersebut bernama Aqil Taqiuddin. Pemilik media sosial ini adalah sepupu kepada arwah Aqil.
Baju jersi tertulis perkataan UPSI dipakai oleh Aqil ketika pulang pada malam kejadian. Melihat kepada keadaan baju tersebut, ramai merasa sedih. Tak tergambar bagaimana keadaan Aqil dan kesakitan yang ditanggung oleh anak muda ini. Memetik komen warganet, melihat bajunya sahaja sudah mengerikan.
Aqil juga turut membawa bekalan makanan untuk kawan-kawan di kampus. Kelihatan daging goreng kunyit dan keropok lekor antara bekalannya. Menurut sepupu Aqil, makanan ini masih elok ketika dipulangkan kepada keluarga Aqil. Betapa prihatin dan sayangnya Aqil kepada kawan-kawan dan ingin makan bersama-sama tetapi hajatnya tidak kesampaian.
Jom baca perkongsian di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak tahu lah perasaan mak arwah yang tngok daging goreng yg dia sediakan.. tapi tak sempat arwah makan. dan mn tahu kn tu mmg lauk fav arwah. argh tak boleh bayang dh.. “
” Qil, dah teda dah lekok lepas ni aa qil. terima kasih selalu bawakan lekok sebelum ni qil.. merasa jugalah aku makanan fresh terenganu dari mu.. rehat la dgn tenang qil, pemergian mu diredhai. walaupun berat, kami sedar kau balik ke pangkuan Allah, bukan pemergian yg harus kami tangisi selamanya. Al-Fatihah.. “
” Wehhhhhh, bekal makanan tu. Aku faham perasaan excited bawak lauk dari rumah nak makan share dengan kekawan. Lelaki memang akan share punyaa.. “
” Allah.. makann Masih elok lagi.. moga arwah di tempat kan bersama org beriman .. alfatihah… Allahu… air mata xhenti2 mengalir… tempatkan la mereka dsyurga paling tertinggi.. “
” Allahuakbar… Al-Fatihah untuk Arwah..semoga tenang bersama para solehin. Keropok Losong Terengganu ole-ole yg selalu kawan nantikan.. Mesti kawan² Kampus pun sedih.. “
” Part makanan Tu sedih mesti die org plan nk makan Sama tapi xsempat Allah.. Sedih gila ye basuh pakaian orang yang kita sayang yang sebelumnya kita gelak sama2 tiba2 dah takde.. “
” Remuk hati ni tengok. entah yang ke berapa kali dah airmata mengalit.. tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung sumpah tak terbayang, sakitnyaa ya Allah.. “
Allah lebih mengetahui dan pastinya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Allah lebih menyayangi Aqil dan Aqil insan yang terpilih kerana pemergiannya dalam perjuangan untuk menuntut ilmu. Semoga Aqil tenang di sana dan menjadi antara penghuni syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : Facebook Kenji Channel , Tiktok Syahmirossdi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 hours ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” Team forensik pun cakap benda yang sama, ni pakcik van jenazah pula. SubhanAllah mulianya arwah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen