Artis / Selebriti
” Tengok anak dia ni aku yang hilang rasa sak1t beranak. Memang hebat la Datin.. ” – Netizen
Muatnaik Video Pergi Ke Sekolah Mengambil Report Card Anak-Anak, Perkongsian Datin Shahida Raih Pujian Ramai. Wah Dah Besar Semua Anak Datin. Ammar Dan Baem Makin Handsome. Qadejah Pula Dah Anak Dara, Cantik Macam Mama Dia !!
Pemilik nama Datin Shahida Mohd Rashid tidak perlu diperkenalkan lagi. Perjalanan hidup Datin Shahida bersama suaminya, Dato’ Aliff Syukri sering menjadi perhatian. Kejayaan mereka bergelar usahawan yang berjaya juga menjadi sumber inspirasi buat ramai orang.
Bagi yang mengikuti perkembangan Datin Shahida di akaun Instagram pasti mengetahui yang ibu kepada 6 orang cahaya mata ini suka berkongsi rutin kehidupan hariannya. Terbaru, Datin Shahida memuatnaik video telah pergi ke sekolah anak-anaknya iaitu Ammar, Qadejah dan Ibraheem.
Difahamkan sebab Datin Shahida pergi ke sekolah adalah untuk mengambil report card dan ingin mengetahui perkembangan pelajaran anak-anaknya. Menerusi video itu, kelihatan Datin Shahida sedang mendengar penerangan seorang guru mengenai keputusan Ammar dan Qadejah.

Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen mengatakan kesemua anak-anaknya memperolehi keputusan tahunan dengan cemerlang bukan sahaja dari segi aspek pelajaran, malah sahsiah dan juga rohani. Perkongsian oleh Datin Shahida ini menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-rata mereka menyukai perkongsian Datin Shahida. Antara komen-komen daripada warganet adalah :
” Tengok anak dia ni aku yang hilang rasa sak1t beranak. Memang hebat la Datin.. Mst dia skrg berada di fasa alhamdulillah i have done my best and these are the outcomes, smoga berjaya dunia akhirat anak2 kita smua aminn.. “
” Segak lah Ammar tu… Handsome. Cess nmpk sgt matang, cantik.. Baem nampak manjaaaaa je.. Tahniah Datin, tumpang happy tgk anak2 Datin berjaya.. “
” Helokkkkk semua.. Alhamdulillah semua cerdik2 belaka.. Suka betul dengan anak2 Datin. Moga jd anak soleh dan solehah.. “
” Ammar Ahyan nampak dah besar sgt.. Rasa mcm kecik2 je diorg.. Kejap betul masa berjalan yer.. Tak lama nanti dapat menantu pula.. “
” Tahniah Datin,abg Ammar, Cess n Baem.. Anak yang baik datang daripada ibu bapa yg baik n pndai mendidik.. Salute sgt Datin.. “
” Cantik dan handsome anak2 Datin, pastu pandai pula dalam pelajaran.. Alhamdulillah rezeki anak2 soleh dan solehah.. Tahniah.. “
” Khadijah mcm mama dia, pandai dan cantik.. Ammar pula saling tak tumpah kacak seperti ayahnya.. Tahniah buat Cess, Ammar dan Baen.. “
Wahh jelas terpancar kebahagiaan pada wajah Datin Shahida mendengar keputusan pelajaran anak-anak. BRamai yang turut menitipkan kata ucapan tahniah dan kagum dengan cara didikan Datin Shahida buat anak-anaknya. Apa-apa pun semoga anak-anak Datin Shahida dan Dato’ Aliff terus membesar menjadi anak-anak soleh, solehah serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen



