Artis / Selebriti
” Tekaan ku betul, nasib tengok sampai habis tau. Ingat buta warna dah tadi, hehe.. ” – Komen Netizen

Video majlis kesyukuran dan baby gender reveal Nabila Razali raih perhatian warganet. Fuh suspend betul buat warna hitam putih macam tu. Last video baru tunjuk video berwarna. Yahoo tahniah Nabila..Β
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali kini sedang sarat hamil anak sulungnya. Kandungan Nabila sudah pun berusia 8 bulan dan kurang lebih sebulan sahaja lagi Nabila bakal bergelar ibu secara rasminya. Sebagaimana pasangan lain, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan juga mengadakan majlis khas untuk saudara mara dan sahabat handai.
Meninjau entry terbaru Nabila di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis kesyukuran dan baby gender reveal Nabila. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga Nabil dan Nik serta tetamu-tetamu yang terdiri daripada kawan-kawan Nabila dan Nik.
Dekorasi majlis ini cantik dan kemas. Belon-belon berwarna memenuhi ruangan pentas beserta sebuah belon besar yang terisi belon lain simbolik sama ada jantina lelaki atau pun perempuan. Semua bersorak ketika Nabila dan Nik memecahkan belon besar itu.
Video awal dalam versi hitam putih dan warganet perlu menonton video perkongsian Nabila itu sehingga ke akhir untuk mengetahui jantina bayinya. Turut sama dipaparkan dalamΒ menerusi ini adalah ketika semua membaca yasin beramai-ramai dan mengerjakan solat hajat berjemaah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” ISSSAA BOYYY… semoga baby sihattt dan menjadi anak yang solehh.. tak sabar nak tengok bella nik junior.. “
” Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada kedua-duanya semoga dipermudahkan segala urusan kalian berdua. Semoga mommy & baby sihat selalu hendakNya.. “
” Alhamdulillah congrats bella and husband. Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin dan baby sihat selalu.. “
” Yeayy saya teka betul hehe.. Moga urusan bersalin Bella di permudah. moga Bella bersalin dengan selamat, aamin.. “
” Yeayy it’s a boy.. Betul saya teka hehe.. Congratulations my kakak and Abang Semoga baby sihat sihat selalu.. semoga dipermudahkan your next journey.. “
” Daddy said βMuhammadβ so sweet.. congratulations bella.. welcome to momβs club.. boy nik jr.. “
” Tekaan ku betul.. nasib tengok sampai habis tau. ingat buta warna dah tadi hehe.. alhamdulillah tahniah Bella baby boy.. Semoga allah mempermudahkan urusan bella semasa bersalin nanti.Aminn.. “
” Ala suspens je tau haha.. igt mata kita problem tadi.. Its a boy.. Congrats bella, semoga dprmudahkn smuanya.. “
Alhamdulillah, jantina bayinya sudah pun diketahui. Boleh lah Nabila shopping barang-barang baby banyak-banyak selepas ini. Apa-apa pun, tahniah daripada kami buat Nabila dan Nik. Semoga segala urusan Nabila untuk bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Razali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen