Viral
” Team forensik pun cakap benda yang sama, ni pakcik van jenazah pula. SubhanAllah mulianya arwah.. ” – Komen Netizen

Pendedahan pemandu van jenazah yang membawa mangsa nahas bas UPSI, arwah Nurly Sahirah raih perhatian ramai. Tersentuh dengar perkongsian pemandu van jenazah ni, memang arwah Nurly insan yang terpilih..
Antara 15 orang mangsa nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI, nama arwah Nurly Sahirah hangat diperkatakan oleh wargamaya. Pemergiannya menghidupkan jiwa-jiwa yang sudah lama tersasar dan lalai daripada-Nya.
Nurly yang merupakan seorang hafizah ini menghafal 30 juzuk Al-Quran. Malah ketika pengakhiran hayatnya juga, Al-Quran berada kemas dalam dakapannya. Ketika tersebarnya berita tragedi itu, ada saksi kejadian yang memberitahu dia terhidu bau yang wangi di kawasan bas itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Muhammad Syazwan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pendedahan eksklusif pemandu van jenazah yang membawa jenazah Nurly dari Perak kembali ke kampung halamannya, Terengganu. Ia adalah kisah benar yang diceritakan kepada bapa Nurly.
Kata pemandu ini, sejak awal lagi dia sudah berniat untuk membawa Nurly pulang dan Allah permudahkan segala urusan. Kejadian ketika selepas selesai menghantar jenazah Nurly ke perkuburan membuatkan dia teruja. Apa yang diperkatakan orang tentang bau wangi jenazah Nurly itu benar-benar dirasainya.
Jom tonton video di bawah :
@muhammad_syazwan94 Perkongsian driver van jenazah tentang arwah nurly shahirah semasa dibawa pulang. Katanya semasa otw ke sana driver ini memang berhajat untuk bawa arwah naik dengan beliau Ditakdirkan oleh Allah beliau dapat membawa jenazah dan jenazah arwah sangat2 harum dan x dapat digambarkan bagaiman bauan nya di dunia.. Allah nurly. Hebatnya kau dik. Amalan apa lagi kau buat kami xtahu dik Semoga syurga buat mu dik🥰 -Minta maaf bagi yang x faham dialek kelantan- #foryoupage #nurlyshahirah #upsi #besut #terengganu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bau yang tak boleh nak cerita, untung pakcik ni mungkin bau tu dari syurga.. Allahuakhbar Bila terlalu cintakan Al-Quran… Allah tunjuk di Bumi lagi.. org lain bercerita… Al-Fatihah untuk Arwah.. Satu Kematian yang sangat Dicemburi.. “
” Hebatnya arwah Nurly, Allahu.. untung pkcik ni terpilih utk bau wangian syurga yg dia sndri x dpt nk gmbarkan wangian tu smpai 4x bukak tutup pintu van tu.. rasa tertarik ngn bau tu wlupn da naik kt uma.. allahuakbar,al fatihah utk arwah nurly shahirah.. “
” Patutlah org yg pertama jumpa kemalangan tu pun dapat rasa bau yg wangi sgt.. Kat dunia pon dh dapat kelebihan, dekat akhirat apatah lagi.. mesti arwah dah senang dan bahagia dkt alam sana.. Masya Allah.. “
” Pengalaman pemandu van jenazah arwah nurly shahirah.selepas balik selesai hantar jenazah. dia mencerita kan pengalaman aroma wangi dlm van jenazah.sebanyak 4 Kali dia dpt bau wangian tu.. “
” Satu persatu Allah tunjuk kebesaran org yg menghafal Al-Quran… bangganya mak ayah awk nurlyy orang bercerita kebaikan awak di mana-mana.. “
” Memang bersahabat dgn Al Quran sayang cinta Allah bagi kemuliaan bukan hanya di akhirat tetapi di dunia lagi.. bau ahli syurga.. “
” Allahuakhbar MasyaAllah kematian yg sangat² di cemburui. Wangian syurga dari seorang syahid dan hafizah, SubhanAllah.. Allahuakbar xdpt digambarkan bauan tu.. “
” Team forensik pun cakap bnda yg sama, ni pakcik van, subhanAllah mulianya arwah. Bau haruman kasturi syurga berkali ganda wangi dr semua haruman wangi dunia. perfume wangi paling mahal pn x dpt tandingi bau harum kasturi syurga ni…wangi dia lg.. ”
Ketika hidup tidak dikenali, tetapi setelah pergi ke negeri abadi, sejuta kebaikan Nurly mula diperkatakan. Syahid dalam menuntut ilmu dan hafizah yang selalu mendampingi kalam suci Allah. Bauan syurga yang membuktikan Allah cintakan orang yang mencintai Al-Quran.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syazwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Viral22 hours ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen