Connect with us

Artis / Selebriti

” Tapi ni semua rancangan Dr, korang je yang lalai.. ” – Dr Izzar

Perkongsian Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Setelah Tamatnya Drama Rindu Kasih 2 Buat Ramai Terhibur. Kapsyen Tak Rileks Lah Dr.  Adakah Sambungan Rindu Kasih 3 Nanti, Ina Dengan Dr Pulak, Haha !!

Tamat sudah drama Rindu Kasih 2 beberapa hari lalu. Pengakhiran yang cukup tragis apabila orang-orang tersayang Salina lakonan oleh Ummi Nazeera pergi selama-lamanya men1nggalkan dirinya sendirian. Ternyata lakonan mantap Ummi Nazeera memberi kesan yang cukup mendalam kepada penonton.

Lagi-lagi kesedihan Salina apabila menerima berita suaminya, Amir lakonan Izzue Islam turut mat1 dibun0h oleh Hisyam dan pada masa sama anaknya, Fayyad disahkan men1nggal dunia juga. Drama fenomena Rindu Kasih 2 melabuhkan tirai dengan menyaksikan pelbagai kejutan dipaparkan dalam episod akhir.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik suami Ummi iaitu Dr Izzar telah dikongsikan satu posting baru memaparkan Dr Izzar berkongsi sedikit perjalanan cerita Rindu Kasih 2 ini. Seloroh Dr Izzar, ada beberapa babak yang sebenarnya dapat dilakukan untuk mendapatkan ending bahagia.

Usik Dr Izzar kepada warganet yang mereka semua lalai kerana sebenarnya dirinya yang merancang mengenai kemat1an Amir dalam filem tersebut. Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang terhibur dengan kata usikan daripada Dr Izzar tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dengan kenyataan Dr Izzar dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Rating tinggi tu selepas doc buat special appearance tu.. Klu tak, tak dak nya rating juta2.. Dr kuat membawang dr angkt Salina ye… Siap suruh nurse yg angkt, haha.. “

” RK1 dan 2 mmg sy akan stop aktiviti dan duk dpn TV. Feel nya lain dan last RK2 mmg berjurai airmata. Hebat semua pelakon.. “

” Semua salah Dr, hahhaa.. Haha.. Caption tak pernah tak win lah Dr.. Saya rasa ada sambungan lagi kan nanti RK, entah2 Dr jadi hero pula.. “

” Yg bagi salam tu dr kan.. Baik ngaku sekarang.. Aduh.. Pandai Dr gula2 kan kami semua yer.. Dah penat menangis nak kena fikir pula siapa lelaki yang bagi salam tu.. “

” Aduhhhh kami rupanya yang lalai.. Tapi terbaik lah lakonan Dr.. Mana tahu nanti kedepan boleh berlakon lagi, jad hero pula.. Wowww.. “

” Apa semua ni angkara dr.. Selepas kejahatan Halijah kini dr plak ambil alih.. Nk jadikan smpai siri ke brapa ni doktor, hahahhaa.. Letih kami.. “

” Asyudahhhh. Rindu Kasih 3 Ina dgn Dr pulakke.. Betul ke Dr.. Last2 Dr pula jadi heronya, hahaha.. Tapi Dr la yg kejam skrg ni kan.. Dalam diam simpan perasaan pd Ina. Kesian Fayyad jadi mgsa keadaan.. “

Klik gambar untuk info..

Dr Izzar kalau tak menyakat warganet memang tak sah kan, ada sahaja yang ditulisnya. Malah ramai pula berteka teki adakah drama tersebut akan mempunyai sambungan dan Dr Izzar bakal bergelar heronya. Dalam pada itu, ada yang memuji hasil karya arahan Pali Yahya itu adalah karya yang terbaik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar, pndpictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT