Artis / Selebriti
” Taktau la driving license driver ni hidup lagi ke tak.. ” – Alif Satar
Video Alif Satar Menyakat Ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza Memandu Kereta Buat Ramai Terhibur. Wah Seronoknya Alif Dapat Naik Kereta Yang Tokti Bawa. Dah Tak Payah Buka Radio, Dua-Dua Boleh Menyanyi Live Je. Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar telah dikongsikan video yang memaparkan Aliff bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza ketika hadir di majlis pelancaran kereta elektirik oleh Rolls-Royce Motor beberapa hari lalu.
Menerusi video itu, Dato’ Siti sedang duduk di kerusi pemandu sebuah kereta dan Alif berada di kerusi penumpang sebelah Dato’ Siti. Alif dengan seloroh berkata Dato’ Siti merupakan drivernya dan bertanya kepada Dato’ Siti ke mana mahu membawanya pergi menaiki kereta tersebut.
Alif meminta Dato’ Siti membawanya pergi menikmati nasi kandar dan terus Dato’ Siti menjawab boleh sahaja membawa Alif ke Penang. Di ruangan kapsyen, Alif menyakat Dato’ Siti dengan mengatakan yang dia tidak pasti lesen memandu Dato’ Siti masih ‘hidup’ atau tidak lagi, namun sekiranya ada roadblock pasti terlepas.

Selain Alif, Dato’ Siti juga berkongsi gambar dan video ketika hadir ke majlis pelancaran kereta tersebut dan kapsyen Dato’ Siti juga mencuit hati ramai. Sehingga kini perkongsian oleh Alif telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Alif dan terhibur dengan gelagat Alif serta Dato’ Siti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ni kabel 1 Malaysia kenal, silap2 lupa nk saman sebab nk bergambar, hahaha.. Bestnya, kalau aku pun nk juga lah tumpang sekali, hahahahaa.. “
” Driver macam tu, memang kereta takdak radio pun tak jadi hal…. Drive dari JB ke Arau pun tak sempat nak rasa mengantuk.. “
” Ni kalau jumpa roblock semua polis merumun kat satu kreta ja.. Lupa dah pasai nak tgk lesen ka apa, dok ajak selfie ja, hahahaha.. “
” Ni package lagu direct tuan badan ni kalau macam tu.. Persoalan dia bila last Siti Nurhaliza drive kereta…. Rasanya pas kahwin dah tak drive.. “
” Ni best ni, roadblock je Dato Siti nyanyi confirm lepas.. Kalau kereta ada radio pun kita buang je tepi jalan, hahaha minta Dato Siti nyanyi ler.. “
” Waaahh.. Kete mahal.. Driver mahal.. Mahal bethoool.. Kita pun nak juga lah, heheehe bestnya kalau boleh naik satu kereta dgn Tokti.. “
” Toktie klu drive seluruh Malaysia tnpa lesen tnpa roadtax smua lepas lncar cnfirm.. Tapi 2 hri bru sampai Penang sbb setiap perhentian pakat nk bergambar.. “
Wah serooknya Alif dapat naik kereta yang dipandu oleh Dato’Siti. Dato’ Siti pun melayan sahaja usikan Alif. Ramai juga mengatakan akan rasa teruja andai mereka berpeluang menaiki satu kereta bersama Dato’ Siti. Bak kata warganet, dah tak payah buka radio, minta sahaja Dato’ Siti menyanyi live, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alifsatar, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

