Connect with us

Viral

” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S

Perkongsian seorang gadis bergelar S mengenai arwah Mustaqim Rosde (UPSI) buat ramai menangis. Sampai ke akhir nyawa, Mustaqim menjaga batas dan ikhtilat serta mengingatkan tentang solat. Sebak baca kisah Mustaqim dan S yang tidak kesampaian..

Di kalangan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) yang terkorban dalam nahas bas Gerik beberapa hari yang lalu, nama Muhammad Mustaqim Rosde antara yang mengundang sebak warganet. Kisahnya meruntun hati, tidak sahaja golongan wanita tetapi juga lelaki.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lvdy.sy, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gadis yang digelarkan sebagai S oleh Mustaqim. S menceritakan kisahnya dengan Mustaqim dan rupa-rupanya S adalah gadis yang Mustaqim impikan sejak 2 tahun yang lalu.

Tidak pernah bertemu, hanya berhubung melalui medsos, keikhlasan Mustaqim menyayangi S membuatkan ramai tersentuh. Mustaqim seorang teman dan sahabat yang baik dan sentiasa membantu S walaupun dari jauh. Insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama, hanya hubungan yang halal diimpikan oleh Mustaqim.

S juga berkongsi cerita yang diceritakan oleh kakak kepada Mustaqim kejadian sebelum Mustaqim menaiki bas pada malam itu. Seorang yang selalu mengutamakan solat dan sering mengingatkan kawan-kawan lain supaya jangan pernah meninggalkan solat.

Baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Another level of greenflag nyaa arwah.. sekali dengan family dia greenflag. padahal tak pernah kenal dan jumpa.. Berjurai teruk kisah mustaqiem ni.. “

” Tanpaa sedar baca sambil nngis. banjir habis nii.. the real cinta terakhir Allah. aku yg laki pun menangis weh. 2 tahun dia bersusah payah tapi jodoh sampai sini sahaja.. “

” Aku tak sedar pun air mata aku jatuh.. Sedih la kisah akk ni cam bca novel lak ape ii pun akk kena kuat dgn semua ni jgn sedih ii lgi okey and al-fatihah untuk awrah abg aqiem.. “

” Semoga wanie terus kuat.. terima kasih jadi part of my family termasuk arwah. terima kasih jadi asbab arwah bersemangat, arwah bahagia selamanya.. teruskan doa utk dia, jaga baik baik lukisan dia. datang lagiii sinii. hug.. “

” Klau nurly ajar kita jgn tgl alquran, adib ajar kita jgn tgl almulk, aqiem ajar kita jgn tgl solat. Arwah smua budak² baik. Sebab tu Allah dh susun cantik jln cerita dorg.. “

” Wehhhh diorang tak bercinta tapi diorang selalu ada each other . Allah . semoga awak kuat kalau rindu arwah sedekah kan Al-fatihah . Hug dari jauh.. “

” Arwah pergi dengan tenang, tanpa ada hubungan yg sepatutnya. airmata saya jatuh Lillahitaala. selain kisah arwah adib & nurly, ni kisah yg ketiga saya follow. will follow next too. tenang la adik adik semua di sana, kematian yang sangat manis. saya tak layak nak cemburu. adik adik semua orang baik, pandai jaga akhlak & adab. earned my respect.. “

” Awak untung sngt dicintai dalam apa apa hubungan , nmpk sngt dia ikhlas dngn awak , awak lah cinta terakhir dia , saya nak smbung menangis. cinta pertama yang dibawa hingga ke liang lahad.. “

” Tanpa sedar bile baca terus teresak2 nangis.. terasa smpai ke hati macam kite yg lalui padahal org lain.. Allahu… Betapa greenflagnye Arwah.. Sentiasa jaga batas. Menunggu masa untuk menghalalkan cinta hati tapi apakan daya, ajal dulu yang menjemput.. “

Komen daripada kakak arwah yang membuatkan ramai kagum dengan keperibadian Mustaqim :

Betapa ikhlasnya arwah menyayangi insan yang digelarnya sebagai S ini. Cinta yang dibawa sehingga ke liang lahad dan sudah tertulis tiada jodoh antara mereka. Apa-apa pun, Mustaqim sudah pun tenang di sana dan sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok lvdy.sy, Tiktok Jameeyla Roza, Tiktok Aqiiem

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Probiotic terbaik..
Minyak Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak