Artis / Selebriti
” Takde dengar dia tarik nafas pun. Class la suara dia.. ” – Komen Netizen

Video nyanyian Ziana Zain ketika muziknya dihilangkan raih pujian ramai. Fuh, ramai cakap tak dengar langsung Ziana tarik nafas ketika menyanyi. Part tarik tu memang meremang dengar, power lah..
Bagi generasi tahun 90-an, lagu-lagu seperti Anggapanmu, Sangkar Cinta dan Madah Berhelah pasti tidak akan luput di ingatan. Diam tak diam, rupa-rupanya penyanyi yang bersuara high pitch, Ziana Zain atau nama penuhnya Siti Rozaiana Zain sudah lebih dua dekad berada dalam industri seni suara.
Meninjau di akaun TikTok milik glorynindifa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ziana sedang menyanyi lagu yang begitu popular daru dahulu sehingga kini iaitu Madah Berhelah. Namun pemilik akaun Tiktok itu telah menghilangkan muzik yang mengiringi nyanyian Ziana.
Perkongsian video itu telah menarik perhaitian ramai. Ada yang mengatakan seperti tidak mendengar Ziana menarik nafas ketika bahagian korus, sangat-sangat profesional. Ada juga yang memuji nyanyian Ziana masih tetap sama seperti dahulu.
Sehingga kini, perkongsian video nyanyian Ziana ini telah ditonton ratusan ribu tontonan dan menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Fuh, meremang mendengar suara Ziana menyanyi. Walaupun tanpa muzik, suara Ziana tetap merdu dan mantap.
Tonton video di bawah ini Β (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@glorynindifa Ziana Zain 2024 tanpa Musik #vocalonly #zianazain #ziana #madahberhelah
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan ramai yang memuji nyanyian Ziana walaupun tanpa muzik. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Β Takde dengar dia tarik nafas pun. Class la suara dia.. Ziana Zain tak perlu muzik suaranya dah cukup sedap didengar.. Sejak kecik sampai sekarang saya masih minat.. “
” Dia 50 an napasss maintain.. Aku ni kalau jerit kat anak pun kadang gelap mata lupa tarik napas.. Silap2 risau aku plk pengsan, haha.. “
” Ni yg dh turun key. Tapi masih sedap lagi walaupun dh turun key.. Org yg btul2 pndai mnynyi je ada muzik takde muzik ttap sdap.. Tp artis skg tak pandai nyanyi pun boleh buat album.. “
” Vokal dia sdri adelah melodi.. Banyak kali Ziana Zain nyanyi tanpa tanpa muzik mmg sedap sgt la .. Power tue toksah cite la ye.. “
” Pada thn 90an masa tu top lagu madah berhelah.. Ziana Zain dtg kat club med Kuantan ada pertandingan menjerit sape paling tinggi.. Ziana menang.. “
” Aku suka suara akk Ziana suara sedap dgr suara dia lantang sebutan jelas MMG terbaikkkk Suara akk Ziana Zain kita ni.. “
” Penyanyi duluΒ² mmg susah nak dengar suara tarik nafas.. Pelapis baru je banyak dgr suara tarik nafas.. aku pon sama.. Hahaha.. “
Tidak dapat dinafikan, suara Ziana begitu unik dan mempunyai trademark yang tersendiri. Walaupun sudah berusia 50 tahun lebih, pemilik suara emas ini masih tetap mampu lagi menyanyi dengan baik walaupun ketika menyanyi dengan nada tinggi.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok glorynindifa, zianazain
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia meβminionβkan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cantik sangat rumah Nurul ni,Β macam resort pun ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa nak ikat muncung tu. Tolong lah tak payah kemam, haha.. ” – Komen Netizen