Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak sedar air mata mengalir, syahdu tak terkata. Sedapnya suara arwah SS.. ” – Komen Netizen

Video throwback konsert Inteam menyanyikan lagu Nur Kasih buat ramai sebak. Part arwah Suhaimi Saad menyanyi begitu menyentuh hati. Tuannya sudah tiada tetapi suaranya tetap di hati..

Kumpulan nasyid popular, Inteam bakal mengadakan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun pada 27 September nanti. Tiketnya telah pun mula dijual bermula 22 Mei dan ramai peminat Inteam begitu teruja untuk menghadiri konsert kumpulan nasyid ini.

Cute Sanrio Tumblers

Sambil mempromosikan konsert tersebut, ingatan Inteam masih lagi kekal teringat pada konsert mereka bersama arwah Suhaimi Saad sekitar tahun 2013 yang lalu. Ianya kenangan terindah untuk semua anggota Inteam kerana berpeluang mengadakan konsert di tempat pengajian mereka dahulu, UIA Gombak.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Inteam,  telah dikongsikan moment ketika konsert itu berlangsung. Lagu Nur Kasih antara lagu popular Inteam yang menjadi siulan ramai anak muda. Paduan suara semua anggota Inteam menyanyikan lagu ini meraih pujian ramai.

Suara arwah Suhaimi antara tarikan yang membuatkan ramai sukakan lagu Inteam. Sedar tak sedar sudah setahun lebih Suhaimi meninggalkan semua. Suara Suhaimi yang lunak dan merdu itu mengubati kerinduan semua terhadap Suhaimi. Pasti berbeza konsert nanti dengan ketiadaan suara Suhaimi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Peminat Suhaimi Saad, syahdu suaramu.. Al Fatihah.. Msih x sangka arwah dh xde.. biase layan live dia.. moga Allah tempatkan beliau dikalangan mereka y soleh dan sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah.. “

” Kalau buat tribute untuk arwah SS, lagu KEPASTIAN tu wajib ada please. Memang tak jemu dengar lagu lagu inteam.. mcm tak caya arwah SS dah xde.. “

Bohemian Handbag

” First time dengar Inteam nyanyi live masa inteam datang balik Kulliyah Engineering sempena 25 tahun tak silap. senior KOE.. Tak sedar air mata mengalir.. syahdu tak terkata.. sedapnya suara arwah SS.. “

” Sedap sangat.. dulu saya orang pertama beli kaset dekat asrama.. bangga sungguh.. Harap ada collab dengan legend. Naikkan nasyid negara.. “

” Sedapnya suara arwah Suhaimi Saad.. Allahummaghfirlahu.. rindu suara arwah Suhaimi.. sangat merdu dan mendamaikan.. Nt spe la yg amik part suhaimi tu.. sedih pulak terkenangkan SS.. “

” Harap official_inteam dapat jemput anak sulung arwah Ss… tribute to arwah… suara2 beliau kekal sepanjang zaman… walaupun orang nya telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.. “

” Merdu suara arwah.. memang sedap suara dia.. AL Fatihah buat arwah Suhaimi semoga di tenang di syurga Aamiin ya Rabbal Aamiin.. “

Betapa rindunya peminat Inteam dengan suara merdu ahli-ahli Inteam terutamanya suara arwah Suhaimi. Suara yang tidak akan ada gantinya dan akan sentiasa mekar dalam ingatan peminat. Mungkin jika anak sulung Suhaimi menggantikan tempat Suhaimi nanti, akan mencipta satu memori indah untuk semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Official Inteam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Lip Serum
Shampoo Treatment Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak