Artis / Selebriti
” Tak sangka Toktik pun ‘masuk air’ juga, aduhai keras perut ketawa tau.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu ‘Pantun Janda’ Ditukarkan Kepada ‘Pantun Duda’ Buat Ramai Terhibur. Berdekah Fafau, AG Dan Johan Bila Dengar Dato’ Seri Siti Tukar Lirik. Masuk Air Juga Tokti Ni Rupanya, Lawak Lah !!
Meninjau di akaun Instagram stesen radio Hot FM telah berkongsi video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah datang ke konti radio tersebut pada hari ini. Difahamkan kehadiran Dato’ Seri Siti adalah berkongsi cerita mengenai album barunya.
Pelbagai video temubual penyampai radio Fafau, AG dan Johan bersama Dato’ Seri Siti dikongsikan. Antaranya adalah video Dato’ Seri Siti turut berkongsi resepi cara membuat donat dan respon Dato’ Seri Siti setelah dijemput oleh David Foster membuat persembahan di konsertnya.
Namun satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu ‘Pantun Janda’ yang ditukarkannya kepada ‘Pantun Duda’ telah menarik perhatian warganet. Lirik lagu yang ditukarkan oleh Dato’ Siti itu telah membuat Fafau, Johan dan AG berdekah ketawa.

Ada peminat memberikan komen berseloroh mengatakan tidak menyangka yang Dato’ Seri Siti juga seorang yang kelakar dan mudah terhibur. Sehingga kini, video nyanyian Dato’ Seri Siti telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Tak sangka Toktik pun ‘masuk air’ juga, aduhai keras perut ketawa tau kita yang tengah drive kereta pagi td, memang kelakar.. “
” Berdekah aku dengar.. Mak Iti memang lawak juga kan.. Pertama kali tengok Mak Iti kelakar macam ni.. Hahaha habis geng bekpeshot pun sakan ketawa.. “
” Adehh letih gelak tau.. Dh banyak kali dengar si Johan ni “kuda yg mana kuda yg mana” tp tak heran sgt.. Tp dek krn Tokti pagi ni keras perut aku gelak sorg².. “
” Sampai skrg dok ‘kuda yg mana kuda yg mana’ dlm kepala otak aku.. Harap masa solat zuhur jap g takde kuda yg mana dh, mamp0s aku nk redo solat je jap g.. “
” Adus sanggup saya tunggu nk abis segmen ni dalam keta weh.. Pecat perut.. Nasib belum sarapan lg masa dgr ni, hahaha.. “
” Tokti nk melawak puj sedap sorenye, alahaiii comel je tengok Tokti ketawa.. Best giler lah dengar tadi.. Rasa tak puas dengar.. “
” Lawak la Dato Siti ni, gelak pun comel sangat.. Semua masuk air betol.. Lirik tu win hbis dengar.. Fafau pun senyum, haha.. “
Seronok sungguh AG dan Johan mendengar Dato’ Seri Siti menyanyi, siap menyakat Fafau lagi. Semuanya sama-sama ketawa mengusik antara satu sama lain. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan dan hiburan Dato’ Seri Siti bersama geng bekpes hot. Semoga anda juga terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

