Artis / Selebriti
” Tak kan Mama samakan Sarah dengan orang lain.. ” – Ibu Shuib
Genap 2 Tahun Pemergian Arwah Siti Sarah Raissuddin, Perkongsian Ibu Shuib, Salamiah Jalani Buat Ramai Yang Tersentuh. Kata-Kata Yang Menusuk Ke Hati, Sebaknya !!
Semalam genap lah 2 tahun pemergian arwah Siti Sarah Raissuddin. Kehilangan yang dirasai tidak hanya oleh keluarga Shuib, malah para peminat Sarah juga. Turut terkesan adalah ibu mertua Sarah, Salamiah Jalani. Dipanggil Mama oleh Sarah, Mama Salmi antara yang terkesan hatinya apabila Sarah tiada.
Meninjau akaun Instagram Amy Salmi, telah dikongsikan sekeping gambar throwback Mama Salmi bersama Sarah ketika mengerjakan umrah. Sarah sememangnya akrab dengan Mama Salmi. Apa yang menarik perhatian warganet adalah kata-kata mama Salmi yang dicoretkan di ruangan kapsyennya itu.
Kata Mama, dia tidak akan pernah melupakan tarikh 9 Ogos. Sarah hanya satu dan tidak akan sama dengan orang lain. Walaupun ramai yang dikatakan sama seperti Sarah, namun Mama Salmi sama sekali tidak berminat dengan persamaan itu. Bagi Mama Salmi, Sarah sentiasa di hati dan tiada gantinya.

Bagi yang mengikuti Sarah pastinya tahu bagaimana Sarah melayani dan menyantuni ibu mertuanya ini. Tidak pernah Sarah melupakan Mama Salmi dan pernah dalam satu temubual Sarah bercerita tentang amalan bersedekah untuk ibu dan bapa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Lebih 6000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh mama Salmi ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sukar mencari persamaan.. walau beribu yg datang.. bukan menafikan takdir.. tapi Kasih yg utuh terpahat lama tu menjadi sukar meghadapi persamaan itu.. Alfatihah utk bidadari syurga kesayangan semua.. ”
” Bertuahnya sebab disayangi mak mertua.. Patut ami syg arw4h.. Tgk la arw4h sentiasa ingat ami waktu susah n senang.. Kn arw4h tiap2 bln suruh ja bg duit dekat ami.. Wlpn xda duit sgt2 bg lah rm50.. Ingat lg arw4h ckp dlm tv.. ”
” Teringat satu interview arw4h ada sebut dia sentiasa pesan kepada Shuib utk sentiasa sedekah kepada mak nye walau ada duit sedikit mana pun.. in sha Allah akan bertambah rezeki. Alhamdulilah.. saya pegang ayat arw4h sampai skrg utk berbakti kepada ayah saya.. (sebab mak dah tiada) Al-fatihah kepada kesayangan kami semua.. ”
” InsyaAllah… arwa4h pastinya tenang di Sana krn Amanah yg ditinggalkan di jaga dgn baik sekali terutama Ayash Affan. Puan menjaga dan menyayanginya dgn setulus hati. Al fatihah buat Almarhumah Siti Sarah bt Raisuddin.. ”
” Sweet nya ucapan mamA.. mengalir air mata ini untuk kesekian kalinya .. Moga Firdausi jannah tempat untuk mu adikku Almarhumah sitisarahraissuddin .. Alfatihah… pastinya hanya satuMoga bertemu di syurga nnti insha Allah.. ”
” Mama mentua yg jd contoh yg terbaik… tiada yg lain ada persamaan… arw4h tetap no satu… semoga arw4h sarah dtptkn d syurga yg abadi.. ”
” Mak mertua yg baik arwah menantu Yang baik.. Sed1hnya kata-kata puan.. Allahu akbar.. moga baik2 aje buat puan ya.. kita semua tau arw4h syg sgt mertua nya.. moga puan sentiasa dlm rahmat Allah.. ”

Tidak dinafikan Sarah memang menantu yang baik dan selalu mengutamakan Mama Salmi dalam banyak hal. Bak kata Mama Salmi, Sarah tetap di hati dan hanya satu dan tiada gantinya. Semoga Sarah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amy Salmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

