Artis / Selebriti
” Tak dengar bila masa dia ambik nafas, padu betul. Hari kedua lagi sedap dia bagi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan hari kedua Amad Dayyan di Konsert Violet Skies Dato’ Sri Siti Nurhaliza raih pujian ramai. Fuh lagi power Amad perform. Lagu Azimat Cinta dan Seribu Kemanisan versi lelaki yang paling best. Merdu dan beralun suara Amad, tarik pun smooth je..
Konsert Violet Skies Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah pun berlangsung selama 2 hari di Arena of Stars Genting Highland. Antara persembahan yang dinanti-nantikan oleh penonton pastinya daripada anak saudara DS Siti yang semakin meniti namanya di bibir ramai iaitu Amad Dayyan.
Paduan suara Amad bersama DS Siti pada malam pertama sudah pun membuatkan penonton berpuas hati tetapi persembahan pada malam kedua, lagi hebat dan gempak disajikan oleh Amad untuk semua. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sitizonemy dan Tiktok Ikramam60, video persembahan Amad telah pun dimuatnaik.
Pemilihan lagu Azimat Cinta dan Seribu Kemanisan bersesuaian dengan vokal Amad. Tidak hanya merdu dan lunak, Amad mempunyai caranya yang tersendiri untuk menambahkan lagi rencah dalam lagu hits DS Siti itu. Beralun-alun suara Amad dan kata warganet, Amad ini seakan-akan jelmaan DS Siti dalam versi lelaki.

Tidak puas warganet mendengar suara Amad. Jelas terpancar pada wajah DS Situ rasa bangga terhadap bakat yang ada pada anak saudaranya itu. Peluang berada di pentas sebesar ini dan di hadapan ribuan penonton digunakan oleh Amad dengan sebaik-baiknya. Mood galau Amad itu paling terbaik, menyanyi dengan hati.
Jom tonton video di bawah :
@ikramam60 SERIBU KEMANISAN by @Siti Nurhaliza @AMAD🌟 #sitinurhaliza #ctdk #amad #violetskies #gentinghighlands #arenaofstars #seribukemanisn #lagumalaysia #concert #2025 #kualalumpur
@19fan91 DAY 2 VIOLET SKIES SERIBU KEMANISAN AZIMAT CINTA @Siti Nurhaliza X @AMAD🌟 @A M A D⚠️ song credit @Suria Records Sdn Bhd (SRC) @Suria Records Sdn. Bhd. @SuriaRecords @SN LEGACY SDN BHD @Rozisangdewi @cteafairuz @Epie Temerloh @Nik MiEy @AubreySuwito @Resorts World Genting @sitinursairahtarudin_new @umairahofficial_ @_Aisy66 @AISY🌟 @🐉EpulPantera〽️🐉 @✨Dᴀɴɪ Nᴜꜰᴀᴇʟ🕊️✨ @JUXT Studio #violetskies #arenaofstars #gentinghighlands #seribukemanisan #azimatcinta #amadcovers #sitinurhalizaxamaddayyan #songcredit #src #snp #snl #snlegacy #suriarecords #nyanyipakaihati #amadviral #pancawarna #album #sitinurhaliza #voiceofasia #biduanita #asianumberone #livinglegend #sitizone #sitizoner #sitizoners #mengimbaukenangan #laguhits #sitinurhaliza #queenofajl #queenofvocals #queenofasia #oneandonly #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #foryourpage #foryoupageofficiall #foryoupage❤️❤️ #foryour #viral #virall #viralvideo #viraltiktok #viral_video #viralvideos #trending #trendin #trendy #trend #janganfyp #janganlupabahagia #janganlupabersyukur
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ahmad ni soul galau dia kuat. Terasa Di lubuk hati.jarang Ada penyanyi lelaki yg soul mcm ni. Selalu perempuan yg Ada soul mcm ni,ini siti nurhaliza vercy lelaki.. “
” Beralun betul suara Amad ni.. natural born talent, power gila suara Amad.. hari kedua lagi sedap dia bagi.. “
” Sedap betul suara amaddayyan.. fly high amad.. Tak dgr bila masa dia amik nafas, padu betul.. bila menyanyi ikhlas melalui hati.. “
” Meremang dengar suara Amad.. sedap betul.. Sekali dgr tangkap terus suara amaddaiyan ni… boleh g jauh.. Jelmaan ct Nurhaliza versi male.. “
” Masya Allah suaranya amad merdu macam aunty dia tokti.. bakal menggegarkan industri hiburan tanahair.. Amad born to be entertainer.. “
” Tolong la aku nak nangis amad nyanyi.. jatuh cinta betul.. Mmg keturunan suara memukau.. alhamdulillah kurniaan allah jgn disiakan.. tahniah buat kamu.. “
” Amad ada vibess tokti, seriously.. meremang wei dengar dia nyanyi.. best suara Amad. hari kedua lagi gempak persembahan Amad.. “
” Tak jemu weyyy dgr dia nyanyi. 10 org post lagu sama pon aku stop scroll tau. Suara ada X-Factor yang hebat. Melekat kat telinga, dalam hati para mendengar.. ”
Persembahan yang memukau ribuan penonton di arena dan juga warganet yang menonton video ini. Amad ada aura yang mampu menggegarkan industri muzik tanahair sekiranya bakatnya itu terus diasah dan ditonjolkan. Selamat maju jaya Amad, moga menjadi bintang yang bersinar seperti Tokti suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitizonemy, Tiktok ikramam60 , Tiktok 19fan91
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen


