Artis / Selebriti
” Tak boleh duduk dekat, asyik nak gaduh. Kelakar tengok muka Tiara tengah marah tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Shashic Iewan mengusik anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah buat ramai terhibur. Kecik besar, kecik besar je Tiara tengok Shashic, geram sangat tu. Nasib Achey tolong sabarkan Tiara. Kalau tak, habis lah Shashic, hehe..
Umum mengetahui yang pelawak Achey Bocey sekeluarga kini menjadi duta butik pakaian terkenal, Jakel. Setiap kali Achey berkongsi video gelagat anaknya, Tiara Zinnirah, pasti ramai yang terhibur melihat gelagat Tiara yang random itu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik ryanalysaaa, telah dikongsikan video yang memaparkan pelawak Shashic Iewan sedang menyakat Tiara ketika majlis Jakel baru-baru ini. Tiara cuba menahan geram, reaksinya membuatkan ramai yang terhibur.
Nasib baik Achey ada untuk menenangkan Tiara. Achey juga sempat memberikan isyarat kepada Shashic agar tidak menyakat Tiara lagi kerana mood anaknya sedang tak menentu, apatah lagi Tiara belum makan lagi. Video ini sekali lagi mengundang tawa warganet yang tidak jemu mengikuti gelagat comel mereka.

Gelagat comel Tiara bukan sahaja membuatkan pengunjung majlis Jakel terhibur, tetapi warganet yang menonton video ini juga turut terhibur. Ada sahaja aksi spontan yang membuat suasana menjadi lebih meriah dan penuh gelak ketawa sepanjang majlis.
Tonton video di bawah ini :
@ryanalysaaa Ada ke patut ambassador baru JAKEL nii kacau akak kawasan yang comel ni! Nasib baik lah ayah dia Achey boleh lah backup 🤣 IngatKainingatJakel JakelCrazySales JakelTerpalingMurah @JAKEL®️
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah macam Tom and Jerry. Tak boleh duduk dekat, asyik nak gaduh. Kelakar tengok muka Tiara tengah marah tu, haha.. “
” Kau kan Shashic, cari punca gaduh betul.. Kawan tu dah lah tengah lapar tak makan lagi, kau pula cari pasal.. “
” Mata dia tak berhenti jeling weyh HAHAHAHAHHA comell.. Aku memang tak boleh lah dengan budak Tiara ni, haha.. “
” Ishh, aku kalau jumpa budak2 camni, lagi suka aku nak kacau. Comellah Tiara. Cantik lah baju Tiara pakai tu, suka tengok.. “
” Tak berkedip oh mata Tiata tu tengah tahan geram, hahahahaha alaaa comel.. Kita pun suka kacau kalau budak comel2 macam ni.. “
” Nasib kau baik lah Shashic, nasib Acey tolong sabarkan anaknya, kalau tak mahu kena kejar tak berhenti lah dengan Tiara.. “
” Aku pula risau Shashic kena cepuk dengan Tiara.. Jangan buat main2 yer dengan perempuan tengah lapar ni.. Boleh jadi hulk ok, haha.. “
Walaupun mood Tiara tidak baik, telatahnya itu tetap mampu menghiburkan warganet. Apa-apa pun, tahniah Achey, Anne dan Tiara kerana terpilih menjadi duta Jakel untuk tahun 2026. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ryanalysaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

