Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak boleh berhenti ketawa tengok BTS ni. Lucu lah DSV ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Di Sebalik Tabir Pembikinan Poco Loco Coco Trend Oleh Dato’ Seri Vida Buat Warganet Terhibur. Wah 1 Step Sahaja Dah Berjam-Jam, Patut Lah Gempak Resultnya. Salute Sungguh Dengan Efforts DS Vida. Muka Stress Tapi Kelakar, Hehe !!

Usahawan bergelar jutawan, Dato’ Seri Vida antara yang sering mencuri perhatian wargamaya dengan gelagatnya yang happy go lucky. DS Vida juga seorang yang selalu up to date dan mengikuti perkembangan semasa yang viral di media sosial.

Beberapa hari yang lalu, DS Vida telah pun berkongsikan video membuat Poco Loco Coco trend dan hasilnya mendapat pujian daripada ramai warganet. Tidak jemu, malah ramai yang berulang kali menonton video DS Vida itu kerana ianya menyeronokkan.

Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Dato’ Seri Vida Official, telah dimuatnaik pula video di sebalik tabir ketika DS Vida dan teamnya menyiapkan video trend tersebut. Trend kali ini antara yang paling susah untuk DS Vida kerana memerlukan DS Vida menghafal lirik lagu dalam bahasa asing. Berbelit-belit juga lidah DS Vida hendak menyebut setiap baris ayat.

Walaupun gelak dan ketawa, muka stress DS Vida itu mencuit hati ramai. Susah tetapi DS Vida tetap ingin menyelesaikannya sehingga habis. Sikap DS Vida yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan ini membuatkan warganet kagum. Tak hairan lah DS Vida berjaya dalam business, usahanya itu bukan biasa-biasa.

Jom tonton video di bawah :

@datoserividaofficial

Effort kena 200% kakak! kalau ikutkan hati nak sambung tidur 😂 #pocoloco #pocolocochallenge #datosrivida #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #salmonskincikb #salmonskindsv #salmonskinsaltedegg

♬ Un poco loco – Speedxur🎧

@datoserividaofficial

1 Step pun dah berejam 😢 #pocoloco #pocolocochallenge #datosrivida #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Un poco loco – Speedxur🎧

Perkongsian ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” I salute your efforts and hardworks I totally enjoyed your poco loco. Dsv win poco loco trend.. ”

” Gigih nye seorang dato seri vida yee. mmg puas hati tengok hasil dia. result memang letup mama.. ulang2 sy tgk… hahahha.. ”

” Alamak dato ini lagi lucu la haha, penat2 dan susah pun dato tetap nak buat Dan hasilnya memang memuaskan dan terbaik dato, Tahniah, part last tu ada iklan keropok lgi memang Mantap dato.. ”

” Hebat betul. Mmg jjadi molek. Patut laa berjaya, sbb ada ciri org2 yg gigih n tak mudah give up.. ”

” Kagum sebab Dato buat sampai habis. DSV sangat kuat semangat. DSV yg buat kita yg terasa stress n sakit kepala nk fikir.. ”

” Hahaha nok sukko pun adaa DSV stress haha.. duk ngapa tapi mmg terbaik end result dio.. Comel ajer dato. Kesungguhan tu yg penting.. ”

” Haha lucu lah dsv ni.. tak leh benti ketawa tengok bts ni. Ingatkan dato xde masa untuk sakit kepala.. ”

Bukan mudah untuk menghasilkan satu video lengkap yang banyak karakter dan berbeza-beza makeupnya. Kagum warganet terhadap kesungguhan dan kegigihan DS Vida dalam menyiapkan video Poco Loco Coco trend itu. Walaupun stress, hasilnya tetap meletop dan mengagumkan ramai. Tahniah DS Vida dan team atas usahanya.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Datoserivida Official, IG Datoserivida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT