Artis / Selebriti
” Tahun ni berbeza sikit celebrate anniversary, saya sendiri je.. ” – Kamal Adli
Video Kamal Adli menahan emosi bercerita mengenai ulangtahun perkahwinannya yang ke 4 tahun disambut seorang diri pada hari ini buat ramai tersentuh. Kamal cakap dah plan dan ambil cuti 3 hari. Alahai sebaknya dengar cerita Kamal..
Meninjau di akaun Instagram milik mediahiburnaofficial, telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama pelakon, Kamal Adli. Menerusi video temubual tersebut, Kamal memberitahu bahawa hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinannya yang ke 4 tahun.
Namun, Kamal tetap reda walaupun buat pertama kali dia terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat seorang diri tanpa kehadiran isteri tercinta, aktres Uqasha Senrose di sisi. Menurut Kamal, dia sebenarnya sudah merancang untuk meraikan momen istimewa tersebut bersama isteri.
Namun disebabkan kemelut rumahtangga yang masih belum selesai, hasrat itu terpaksa dilupakan. Walaupun begitu, Kamal tetap positif dan menganggap segala yang berlaku sebagai satu ujian dalam kehidupan berumahtangga. Dalam masa yang sama, Kamal juga memohon agar orang ramai terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Perkongsian Kamal itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat dan doa agar hubungan pasangan ini kembali pulih seperti sediakala. Ramai yang mendoakan agar Kamal terus kuat menghadapi ujian rumahtangga dan berharap kebahagiaan akan kembali bertaut antara mereka berdua.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang turut menitipkan kata-kata semangat buat Kamal agar terus kuat menghadapi ujian yang sedang dilaluinya. Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet adalah:
” Sedih pula dengar apa yang kamal cakap.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan jodoh berpanjangan hingga ke Jannah bersama Uqasha.. “
” Teruskan kuat Kamal, jangan mengalah ok.. Kami semua doakan yang baik2 buat korang suami isteri.. Semoga dipermudahkn sgala urusan awak, aamiin.. “
” Semoga dpt jumpa hawra secepat mgkn ..please uqasha atlest bg la ayah jumpa ank.. Touching ar bila dia cakap celebrate anniversary sorang dia je.. “
” Dia sorok kesedihan… Dia ni tetap tersenyum wpun dlm hati dia, hanya Allah je yg tau.. Kesian.. Semoga dipermudahkan.. “
” Kesedihan dia simpan sendiri, baru 4 tahun rupenya usia pernikahan mereka.. Susah nak cari lelaki yang sanggup Turunkan ego dia tau.. “
” Kita pulak rasa sedih tengok.. Nmpk berkaca jugak dimatanya.. Hope sangat Uqasha akan terbuka hatinya untuk terima Kamal kembali.. “
” Happy anniversary Kamal ngan Uqasha.. Semoga yang baik2 sahaja buat korang.. Dipanjangkan jodoh, bahagia hingga ke syurga.. “
Walaupun berdepan ujian dalam rumahtangga, Kamal tetap menunjukkan kematangan dan ketenangan dalam setiap tindakannya. Sikapnya yang tidak mudah melatah dan sentiasa menjaga tutur kata menjadi bukti bahawa Kamal seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga Kamal dan Uqasha terus kuat menghadapi ujian dan kebahagiaan yang pernah dikecapi akan kembali mekar dalam rumahtangga mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial, uqashasenrose2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menantu aku handsome, anak aku cantik.. ” – Ibu Erra Fazira

