Artis / Selebriti
” Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.. ” – Bella Astillah

Perkongsian terbaru Bella Astillah menzahirkan rasa syukurnya dapat kembali menjejakkan kaki ke tanah suci buat ramai tersentuh. Luahan hati yang meruntun jiwa..
Sudah beberapa hari Bella Astillah berlepas ke tanah suci Mekah bersama adiknya, Didi Astillah. Rezeki Bella dan Didi dapat mengerjakan umrah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Walaupun jauh beribu batu dari Malaysia, Bella tetap berkongsikan suasana di sana untuk tatapan semua.
Menerusi perkongsian di akaun Bella Astillah, telah dikongsikan satu cebisan rasa Bella tanda kesyukurannya kerana direzekikan menjadi tetamu jemputan ke rumah Allah kali ini. Bella turut mengimbau kembali kenangan perjalanan umrahnya tahun lalu.
Jika tahun lalu, Bella menjejakkan kaki memohon kekuatan Daripada-Nya kerana hidupnya benar-benar tidak keruan dan rumahtangganya hancur ketika itu. Kali ini juga, Bella hadir dengan tangisan di depan Kaabah, namun ianya berbeza dengan perasaannya tahun lalu.
Bella merasai syukur kerana hidupnya banyak berubah dan merasai kebahagiaan dan gembira hari ini. Doa yang Bella pohonkan kepada-Nya dimakbulkan. Harapan Bella agar doanya tahun ini juga didengar dan dimakbulkan oleh Allah. Bella juga menitipkan pesanan kepada semua yang sedang bersedih agar belajar menerima apa jua ujian yang datang dengan hati yang lapang dan berdamai dengan takdir.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Sehingga kini, lebih 60 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Masyallah. Umrah mabrur bella di 10 ramadhan terakhir .. Terima kasih atas doanya. Walaupun YB tiada disisi, jam yang YB berikan sentiasa di tangan. Doakan yang baik baik buat Bella dan YB juga.. “
” Orang baik ramai sayang. Bella baik. Bella layak bahagia. Bella layak disayangi semua. Semoga bahagia milik bella sampai syurga.. “
” Aamiin ya Allah semoga kebahagian selalu bersama kamu hingga ke Jannah dear Bella. You deserve that happiness.. “
” Sebakk… Moga Allah kabulkan semuanya.. Terima kasih bella sudi doakan kami semua. Semoga Allah memakbulkan segala apa yg bella doakan di tanah suci.. Mogaa yg baik² jua buat semua.. Tq bellaastillah syg.. “
” Aminn Ya Robal Alamin.. doa berbalik juga pada bella sekeluarga.. orang baik disayangi ramai.. Bella potong bawang la.. nangis baca luahan bella.. “
” Aww nangis.. Allah hadirkan Bella pelangi selepas ujan ribut.. dulu bella bersedih tetapi Allah hadirkan insan insan yang baik dan sekarang bella sudah tersenyum bahagia.. “
” Alhamdulillah…. syukur….. tq sbb mdoakan.. semoga doa dan luahan hati dpn kaabah smuanya termakbul.. “
Bella hari ini tidak sama dengan Bella tahun lalu. Allah gantikan Bella segala kedukaan dengan kegembiraan yang tidak terhitung banyaknya. Semoga Bella mendapat umrah yang mabrur dan dimakbulkan semua doa Bella pada umrah kali ini. Allah Maha Baik dan Maha Mendengar rintihan hamba-Nya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel tengok muka Shila teruja dapat masuk kedai Eco, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Besarnya rumah Amira macam istana, jauh berjalan nak mencari Irfan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen