Connect with us

Artis / Selebriti

” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira

Video Erra Fazira bertanyakan kepada suaminya, Ezwan Zain mengenai angan-angan Ezwan untuk berkahwin dengan Erra 2 tahun lalu. Haa cuak terus muka Ezwan kena soal macam tu. Tapi jawapan Ezwan tu alahai sweet sangat.. 

Sebelum ini, tular satu video perbualan antara suami Erra Fazira, Ezwan Zain bersama Harris Annuar. Ianya berkisar tentang impian dan angan-angan Ezwan sekiranya Erra menjadi isterinya. Banyak yang dirancangkan dan ianya mengundang ketawa Harris dan warganet yang menonton.

Namun siapa sangka, impiannya itu akhirnya menjadi kenyataan. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Errafazira306, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast terbaru KasiOnz Erra dan Ezwan. Kali ini Erra bertanyakan mengenai impian Ezwan itu.

Erra sememangnya suka menyakat dan mengusik Ezwan. Dengan nada ketawa, Erra meminta Ezwan memberikan komennya mengenai hal tersebut. Ezwan yang slow and steady ini hanya tersenyum dan melayani sahaja permintaan isteri tersayang.

Mata Ezwan tidak lepas memandang Erra bercakap dan komen warganet, pandangan Ezwan menunjukkan betapa kasih dan cintanya Ezwan terhadap Erra. Part Ezwan memuji Erra dengan mengatakan ‘cantiknya isteri saya’ paling sweet. Pasti ramai yang tersenyum ketika menonton telatah pasangan pengantin baru ini.

Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :

@errafazira306

Rupanya Ezwan simpan cita-cita nak kahwin dengan Erra sejak…jagan lupa follow✨🥰

♬ bunyi asal – errafazira306 – errafazira306

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” When you get a perfect match yg sama kepala 100 peratus your real character will reveal and hidup pun senang kan..apabila dapat pasangan yg tahu sangat perangai kita and suami enjoy tgk perangai tu.. she so lucky.. “

” Aku yg senyum tgk dia pandang erra dgn rasa cinta tu.. Manis betul Tgk dua2 ni… Doa Kami Moga Sampai Syurga Ye Kak Erra & Husband.. “

” Renungannya menusuk kalbu… tk bkelip dia tgk Erra ckp.. fokus btl dia kt isteri dia pengantin baru ni.. cuwetttttt bsemut sgttttt.. “

” Aku dah penat senyum, Erra ni suka mengusik. tapi dia memang seorang humble. Ezwan terpaku melihat kecantikan Erra, pandangan tu sampai tak berkelip mata.. “

” Dua-dua sgt matang dan romantik lah Mr E untuk Kak Erra. Semoga Allah memberkati jodoh mereka berdua, Amin YRA.. “

” Halah halah halah.. bersemutnya.. tersengih-sengih kita ni. Angan2 jadi kenyataan, ape yg difikirkan, makbul.. dia memang betul betul in love weh dengan Erra.. semoga rumahtangga kalian kekal sampai ke jannah.. “

” Angan angan jadi kenyataan.. guling-guling sambil senyum halah halah. ngamlah diorang ni. dua dua serasi bersama. Semoga bhgia till jannah.. “

” Pasangan ini selalu ada sende gurau kaseh syg. ini sangat menghiburkan. semoga bajgia. mr.E rajin melayan erra kita. itu lah bahgia. tak mudah suami nemahami isteri. bertuah erra kali ini.. “

Tumpang bahagia warganet melihat gelagat suami isteri ini. Erra suka menyakat dan Ezwan pula sangat soft spoken menjawab dan diselangi dengan jenaka, tak jemu warganet mendengar perbualan mereka itu. Dari hanya impian, akhirnya Allah makbulkan angan-angan Ezwan. Allah sebaik-baik pengatur, Alhamdulillah.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok asyik_official  , Youtube Channel KasiOnz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak