Artis / Selebriti
” Tahu tahu dekat situ polis datang dekat 15 orang nak tangkap saya.. ” – Datuk Aliff Syukri
Video Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida bercerita moment paling menakutkan ketika diserbu oleh pihak berkuasa. Kesian Dato’ Aliff, sampai menangis dan menggigil. Hampir nak kena tidur dalam lokup..
Nama usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida sangat popular di kalangan wargamaya. Pasangan suami isteri ini sangat aktif di media sosial. Selain popular kerana produk jualan mereka, nama Datuk Aliff juga banyak menjadi sebutan setiap kali keluar dengan lagu barunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aidid It My Way, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Datuk Aliff dan Datin Shahida sebagai tetamu podcast Aidid. Banyak yang ditanyakan oleh Aidid kepada pasangan usahawan berjaya ini.
Datuk Aliff turut berkongsi cerita pengalaman menakutkan yang pernah dialaminya sebelum ini. Kejadian berlaku sebelum negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan beberapa tahun yang lalu. Ketika itu Datin Shahida berada di Mekah dan Datuk Aliff ditangkap oleh polis.

Nasib Datuk Aliff baik kerana membawa peguam jika tidak tentu Datuk Aliff akan bermalam di dalam penjara. Tidak itu sahaja, Datin Shahida juga diserbu SPRM atas tuduhan melakukan aktiviti AMLA. Di sebalik yang indah disajikan untuk wargamaya, banyak rupanya kenangan pahit mereka berdua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha dua dua cakap laju macam ferrari.. Bayangkan kalau dorang gaduh mesti macam machine gun kan haha.. “
” Eh betul la.. sama.. kitorg pun kalau gaduh ade je yg jadi.. selalunya kete excident.. x org langgar aku, aku langgar kete org yg x bergerak pun .. nasib x de org dlm tu.. na’uzubillah.. “
” Terbaikk 1st time tgk podcast kt youtube 2jam non stop.. Moral of the story jangan gaduh dgn bini. Bala menanti.. “
” Berapi ye episod kali ni.. nakal datuk Aliff.. jangan gaduh gaduh datuk. confirm datang bala kalau buat hal dengan wife.. “
” Ingatkan aku je selalu gaduh dgn laki aku.. gaduh2 baik. gaduh2 baik… mujur tak gaduh2 ngandung… gaduh2 ngandung… klu tidak mesti 2 dozen anak aku sbb selalu gaduh.. “
” Bukan senang nak senang. Best betul dengar perjalanan cerita 2 pasangan power ni. ingtkn aku ngn laki aku je cmtu.. “
” Comelnya cerita pasangan ni. nampak je syok jadi orang kaya tapi cubaan drg kena hadap besar.. tu belum yang iri hati segala bagai.. “
Tidak semua dalam hidup Datuk Aliff dan Datin Shahida itu indah, dugaan dan cubaan bersilih ganti tetapi mereka tetap laluinya dengan tenang. Pastinya peristiwa tersebut menjadi kenangan pahit dalam kamus kehidupan mereka tetapi ianya juga pengalaman berharga untuk Datuk Aliff dan Datin Shahida.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aididitmyway
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


