Artis / Selebriti
” Tahniah sahabatku Pekin dan Mona. Selamat berpantang dan berjaga malam abe Mat.. ” – Sahabat
Perkongsian Berita Gembira Mona Allen Selamat Melahirkan Cahayamata Keduanya Raih Perhatian Warganet. Wah Suka Lah Abang Petra Dapat Adik. Tahniah Mona Dan Pekin !!
Pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Mona Allen telah pun dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang diberi nama Petra Pekin pada tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan rezeki lagi apabila Mona hamil cahayamata kedua mereka dan berita gembira ini dimaklumkan beberapa bulan yang lalu.
Menerusi akaun Instagram Qhc Medical Centre, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Mona bersama Pekin di hospital. Ianya turut disertai dengan perkhabaran gembira mengenai Mona telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya itu.
Turut sama kelihatan dalam gambar ini adalah salah seorang kakitangan hospital. Bayi Mona juga turut berada di dalam gambar ini. Pada ruangan akhir kapsyen tersebut, ada dinyatakan cahayamata kedua Mona ini juga adalah seorang bayi lelaki. Wah geng Pekin dan abang Petra lah, semakin bertambah geng baru mereka.

Pekin turut berkongsikan gambar yang sama di Insta Story miliknya. Menurut laporan Mstar Online, Mona selamat bersalin pada petang Selasa ketika waktu Maghrib. Mona turut memberitahu dirinya kini sedang berehat dan akan berkongsikan gambar putera keduanya ini tidak lama lagi.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Pekin di Instastory nya :


Rezeki Mona dan Pekin dapat menimang cahayamata kedua dalam jarak masa yang tidak lama. Sebelum ini, pasangan ini juga mengalami kesukaran untuk mendapat cahayamata. Sewaktu Mona dan Pekin ingin mendapatkan Petra dahulu, 2 tahun setengah mereka berusaha pelbagai perubatan untuk hamil.

Kini keluarga kecil Mona dan Pekin rasminya sudah berempat. Pastinya sambutan hari raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi akan semakin meriah dengan adanya ahli keluarga baru ini. Tahniah Mona dan Pekin daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran ini dan selamat berpantang Mona.

Silakan SHARE..
Sumber : IG QHC Medical Centre, IG Pekin, Portal Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

