Artis / Selebriti
” Tahniah Raf dan Mawar. Wah comelnya baby RSRS ni.. ” – Netizen
Video Raf Yaakob Bersama Cahayamata Barunya Yang Baru Sahaja Dilahirkan. Wah Dah Selamat Bersalin Mawar. Putih Melepak Baby Ni, Tahniah !!
Beberapa hari yang lalu, pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob telahpun membuat majlis baby gender reveal untuk cahayamata ketiga mereka. Sebagaimana semua maklum, Mawar bakal mendapat seorang lagi bayi perempuan.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Raf Yaakob, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raf sedang memangku bayinya yang baru sahaja dilahirkan ini. Si kecil ini dibalut dalam kain berwarna merah jambu.
Tulis Raf di kapsyennya ucapan Assalamualaikum dan selamat datang buat anaknya ini. Hanya menulis pangkah huruf RSRS, tentu nama bayi ini juga unik dan cantik sebagaimana nama abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain.

Walaupun hanya nampak sipi-sipi sahaja wajah baby RSRS ini, kelihatan kulitnya yang putih melepak. Bertambah lagi geng mommy, seronoklah semakin meriah rumah Raf dan Mawar selepas ini dengan pertambahan ahli baru.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Raf ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan untuk Raf dan Mawar. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah Raf dan Mawar. Wah comelnya baby rsrs ni, muka tu nampak putih melepak betul. eiii gebu tak sabar nak tengok muka penuh baby rsrs.. selamat berpantang mawar.. “
” Tahniah my bro rafyaakob dan mawarashid alhamdulillah legacy raf. syukur…. Selamat dah Mawar bersalin.. “
” Assalamualaikum baby RSRS… Alhamdulilah tahniah bang Raf dan kak Mawar. semoga jdi anak yg baik, pintar ,solehah dan boleh buat kedua org tua bangga Aamiinn.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Mawar sepanjang proses melahirkan. Pastinya berita ini bukan sahaja menggembirakan seluruh keluarga Mawar dan Raf malah para peminat setia Mawar juga.

Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Raf dan Mawar atas kelahiran baby RSRS. Selamat berpant4ng buat Mawar, semoga Mawar cepat sembuh dan baby RSRS membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raf Yaakob, IG Mawar Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

