Artis / Selebriti
” Tahniah MK dan Hajaar, chubbynya baby.. ” – Komen Netizen

Video Dan Gambar Majlis Aqiqah Anak Sulung MK K-Clique, Aya Rayana Raih Perhatian Ramai. Wah Satu Family Serba Pink. Chubby Sungguh Baby Aya Rayana !!
Pada 3 Ogos yang lalu, penyanyi rap popular Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique telah pun memaklumkan mengenai kelahiran cahayamata sulungnya, seorang bayi perempuan. Sebulan selepas itu, MK berkongsikan kepada umum nama yang dipilih untuk anaknya itu sebagai Aya Rayana.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Zalley Sahar, telah dikongsikan gambar dan video MK dan Hajaar menganjurkan majlis aqiqah Aya Rayana di kampung halaman MK. Pasangan ini memilih tema warna merah jambu untuk hari istimewa Aya Rayana ini.
Menerusi posting ini juga dapat dilihat mini pelamin yang disediakan khas untuk majlis aqiqah ini. Dihiasi bunga berwarna merah jambu dan putih, ianya menyerikan lagi suasana majlis. Hajaar juga sudah sihat sepenuhnya dan kelihatan semakin langsing.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah MK dan Hajaar sejak kehadiran Aya Rayana. Seronok melihat telatah MK melayani permata hati kesayangannya itu. Seperti baru sahaja melihat persandingan MK dan Hajaar, sekarang sudah pun bertiga bersama si kecil.
Jom tonton video di bawah :
@zalleysahar85 Majlis Aqiqah & Doa Kesyukuran buat Aya Rayana, anak kepada pasangan MK K-Clique serta isteri Siti Hajar 🥰🤲🏻 #majlisaqiqah #mkkclique #tawau #sabah
Perkongsian tersebut telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah Hajar d MK.. Semoga tambah bahagia dengan kehadiran Aya Rayana.. bapak aku rapper, kau hader hehe.. “
” Ni laa pasangan yg suka buat suprise.. tiba-tiba kawin.. tiba-tiba besar perut sudah.. sekarang tiba-tiba habis pantang haha.. apapun tahniah siti hajar dan Mk.. “
” Penyayang suami Hajar aka MK ni. nama macam anak saya juga rayana.. alhamdulillah syukur.. chubby baby, mesti comel.. “
” Serius lah MK dah ada anak.. tahniah hajar dan mk, semoga bahagia ke jannah.. tak sabar nak tengok muka Aya Rayana.. “
” Tumpang gembira , alhamdulillah syukur.. semoga MK , isterinye berbahagia hingga ke Janah amin ya Rabbal Alamin.. “
” Tahniah hajar dn mk moga baby.. membesar dgn siht akk doakn.. cantik nama anaknya.. mesti secomel mamanya jugak.. “
” Suka tengok family comel ni.. Alhamdulillah tahniah mk dan hajar atas kurniaan baby girl.. “
Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah untuk Aya Rayana dan semua berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan oleh MK dan Hajaar. Semoga Aya Rayana membesar dengan sihat selalu dan menjadi kebanggaan MK dan Hajaar apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zalley Sahar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen