Artis / Selebriti
” Tahniah buat anakku, teruskan capai lebih tinggi.. ” – Wahid Senario
Wahid Senario kongsi gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen anak sulungnya di UPSI. Wah dah besar rupanya anak Wahid, dah habis belajar sekarang. Tahniah diucapkan..
Menerusi akaun Instagram Wahid Senario, perkongsian terbaru Wahid telah meraih perhatian ramai. Wahid telah berkongsi berita gembira mengenai anak sulungnya yang telah pun berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wahid telah memuatnaik beberapa keping gambar sekitar majlis konvokesyen anak lelakinya itu yang pastinya membuatkan Wahid cukup berbangga. Di ruangan kapsyen, Wahid menzahirkan rasa syukur dan tahniah atas kejayaan anaknya.
Dalam masa yang sama, penghargaan turut disampaikan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas layanan baik dan sokongan yang diberikan sepanjang anaknya berada di sana. Institusi ini sememangnya dikenali sebagai pusat ilmu yang sentiasa membudayakan kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kejayaan ini merupakan detik permulaan buat anak Wahid dalam menempuh dunia sebenar iaitu alam pekerjaan pula selepas ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah buat Wahid sekeluarga. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah abg wahid_official75 dengan graduasi anak.. Apok ko dolu jiran kami kt jln tanduk bangsar masa mula2 jd retis senario.. “
” Alhamdulilah tahniah kemarin konvor sekali ngan anak saya.. tahniah ajib.seeta tahniah buat Wa8 sekeluarga..Nk tnya Apok nya tak ada minum². ke segelas ayor Angat pon boleh dh.. “
” Alhamdulillah tahniah wahid_official75 ,wife Dan anknya ,smeoga terus sukses .. teruskan mengejar cita cita.. tahniah.. “
” Alhamdulilah..Tahniah Wahid , Lily dn anak.. Numpang bangga bang wahid..walaupun abg boleh buat roti canai terbang..tapi anak abg dah terbang tinggi ni… “
” Allaaaahuakbar… Syukur Alhamdulillah tahniah buat ank dan jg ibu ayah. moga ilmu dimanfaat pd yg laen ye ..moga berjaya dunia akhirat.. “
” Alhamdulillah Tahniah Untuk Anak Dan Seisi Keluarga.. Terima kasih mewarnai zaman kami dgn senyuman..Allah hadiahkan keluarga yg berjaya tahniah bang.. “
” Abang tegur saya atas moto semalam “ini trumpet ke?” terkejut saya hahahahah, tahniah buat ajib dan sekeluarga.. Laa upsi ke anak bang wahid.. “
Semoga anak Wahid terus melangkah dengan yakin, menjunjung ilmu dengan amanah, dan terus membanggakan ibubapa serta keluarga. Dengan doa dan sokongan yang tidak putus, perjalanan ini pasti dipermudahkan oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wahid Senario
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

