Artis / Selebriti
” Syukur Alhamdulillah, ibu yang kuat dan sabar. You deserved it, congrats to both of your son too.. ” – Netizen
Shafnie Zainuddin Kongsi Perkembangan Terbaru Anak-Anaknya Raih Pujian Warganet. Hebat Didikan Seorang Ibu, Berjaya Dua-Dua Anak Lelaki Shafnie. Tahniah Shafnie !!
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shafnie Zainuddin, telah dikongsikan sekeping gambar anak-anak lelakinya iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Shafiq dan Shabil adalah anak hasil perkahwinan Shafnie bersama Dato’ AC Mizal.
Pernah bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak-anak sendirian, ianya tidak mematahkan semangat Shafnie untuk menjadikan anak-anaknya ini insan yang berjaya. Baik Shafiq mahu pun Shabil, kedua-duanya telah pun berjaya menghabiskan pengajian mereka dan kini bergelar guru.
Cerita Shafnie, dia merasa bangga dengan kejayaan anak-anaknya ini. Selepas Shafiq, Shabil pula menerima surat tawaran sebagai guru di salah sebuah sekolah antarabangsa sekitar Kajang. Tambah Shafnie lagi, ianya rezeki untuk Shabil yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Hati ibu mana yang tidak bangga dengan pencapaian cemerlang anak-anak sebegini. Harapan Shafnie agar kedua-dua anaknya ini akan menjadi seorang guru yang dedikasi dan rajin. Berbayar semua penat lelah sang ibu, confirm budak-budak pun suka ada cikgu yang handsome seperti Shafiq dan Shabil.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Shafnie ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan ramai yang kagum dengan hasil didikan Shafnie terhadap anak-anaknya ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah Alhamdulillah proud of you.. tahniah shafnie berjaya mendidik anak semoga menjdi anak yg soleh menjaga ibu hingga akhir hayat.. ”
” Alhamdullillah tumpang bangga boleh berjaya tanpa seorang ayah.. mak yg berjaya bila mampu mendidik anak2 hingga menjadi insan yg berjaya.. ”
” Syukur Alhamdulillah… ibu yg kuat dan sabar… u deserved it…. congrats to both of yr son too.. ”
” Berjaya anak-anak, alhamdulillah. dari kecik tengok diorang berdua ni.. Rajin anak murid masuk kelas. Cikgu best, Takda sapa ponteng.. ”
” Woww seldom youngsters want to be teachers these days… especially boys.. so happy for you sis.. tahniah ibu yang hebat.. ”
” Alhamdulillah tahniah tumpang bangga dgn u berjaya mendidik anak-anak you sehingga berjaya.. segala pengorbanan terbalas kan sis.. ”
” Alhamdulillah tahniah teacher and mak teachers jugak.. hebat anakanda berdua ni.. semoga dapat menjadi guru yang cemerlang.. ”

Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Shafnie dan juga Shafiq dan Shabil. Semoga Shafiq dan Shabil menjadi guru yang terbaik dan membanggakan mama Shafnie dengan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Buat mama Shafnie, anda ibu terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnanieee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

